Sunday, June 20, 2010

Cerita pasal 2PM pulak - Nickhun

Hai. Saya masih dalam mood untuk menulis pasal K-pop. He he he.

Hari ini, mari kita bercerita tentang 2PM. Tapi saya hanya nak cerita pasal salah seorang dari ahli kumpulan ni, yang namanya ialah Nickhun. Saya baru berkenalan dengannya semalam jadi maaf kalau entri ni macam ketinggalan sikit heh =_=!


Mula-mula saya ingatkan nama dia ialah Nickchun (!) Semalam ialah hari pertama saya tahu nama dia dan tahu dia ialah ahli kumpulan 2PM. Itupun secara tak sengaja saya tahu sebab dia terlibat dalam satu variety show kat KBS World saya tengok petang semalam. =b



Pengacara rancangan tu tanya soalan macam-macam lah dekat Nickhun dan lagi seorang band mate dia (lupa langsung nama beliau, mintak maaf!).

Mana satu Nickhun ehhh???


Antara soalan-soalan yang ditanya, adakah pengurus (kot) selalu marah-marah dekat mereka? Mereka cakap memang selalu kena marah. Lepas tu Nickhun cakap, pengurus kena marah dia dalam bahasa Inggeris, sebab dia foreigner. Walaupun dia faham apa pengurus tu cakap dalam bahasa Korea, tapi dia suka buat-buat tak faham (!) Saja nak annoyingkan pengurus haha.Suatu persoalan timbul di benak saya.

Nickhun ni dah lama sangat ke duduk kat US ke mana-mana ke? Sampai tak tahu bahasa Korea?


Lepas tu katanya lagi, kalau nak naik penerbangan pergi Korea, dia kena beratur di barisan foreigner. Aik. Maka, satu idea timbul. Dia ni bukan orang Korea ke?

Kalau pergi Thailand, dia kata ada kereta khas disediakan untuk dia dan member-member 2PM untuk pergi ke hotel dari lapangan terbang. Aik, special betul perkhidmatan yang diterima di Thailand! Adakah dia orang Thailand?

Muka nampak macam orang Korea! Agaknya dah lama duduk Korea jadi muka pun dah macam orang Korea, dengan stail dan fesyen ikut stail sana.


Jadi, di situlah saya tahu serba sikit tentang Nickhun. Rupa-rupanya dia orang Thailand. Tiba-tiba saya teringat saya pernah tengok satu gambar yang gabungkan ahli-ahli foreigners yang join group k-pop.

Hei, Tomo dan Haiming pun ada kat situ! ^^. Nickhun yang pakai topi tu. Masa ni saya tak tahu pun pasal Nickhun dan lelaki yang bertali leher tu. Sampai sekarang masih tak tahu siapa lelaki bertali leher tu =b



p/s:Hm.. bila dah tahu dia orang Thailand, baru nampak sedikit perbezaan. Mata dia menunjukkan ciri-ciri orang Thai. Tak sepet sangat.

3 comments:

  1. lelaki bertali leher yg smart gok tu alexander lee eusebia.orang australia rasenye.kacukan.
    boleh cakap tujuh bahase,korea,mandarin,english,kantonis,jepun,
    sepanyol ngan portugis rase...
    die tu dlm u-kiss.group ni pun smart gak.

    ReplyDelete
  2. oo..nama dia alexander rupe2nye..
    boleh ckp TUJUH BAHASA? pehhh...hebatnya!
    senanglah kalau nak berinteraksi dengan peminat2 dari mcm2 negara kalau camtu! ;)

    ReplyDelete
  3. love nickhun! kawaiii...

    ReplyDelete

Do you have something to say?