
A'ST1 ialah kumpulan yang nyanyi lagu ni Yearning of The Heart; salah satu OST dalam Boys Over Flowers.
A'ST1 ialah kumpulan K-pop pertama yang saya suka. Mula minat lepas dengar lagu OST BOF ni. Memang sedap lagu ni. Lepas dah dengar saya pun selidik pasal lagu-lagu lain oleh kumpulan ini. Siap selidik ahli-ahli dalam kumpulan ni sekali. Sebelum ni tak pernah pun minat artis Korea sampai nak selidik-selidik macam ni. Tapi, yang sedihnya, kumpulan ini dah dibubar. Y__Y
Kenapa bubar? Tanya recording company mereka. Recording company mereka; DSP, ialah company yang sama menguruskan SS501.
Kerana minat yang mendalam sedalam lautan paling dalam hehe, lepas kumpulan ni dah bubar, saya masih tak dapat nak membubarkan ahli-ahli kumpulan ni dari minda ^^
Yelah, dahlah suara mereka semua sedap, tengok kerenah diorang dalam YouTube pun best, lepas tu bubar tiba-tiba pulak tu, siapa dapat terima kan? Maka, saya masih ingin tahu apa yang mereka buat. Saya masih seorang Eunice!
Saya baru dapat mengesan Tomo dan Han Byul je TT___TT

Tomo dah tukar imej.>>>

Han Byul pulak dah jadi anggota baru kepada kumpulan yang tak berapa baru: Monday Kiz. Mula-mula saya tak dapat menerima Han Byul dalam kumpulan baru tu, dengan imej baru yang sungguh drastik.

Imej baru Han Byul dapat dilihat dalam video bawah ni. Lagu kegemaran saya dari Monday Kiz. Tajuknya Scatter. Dinyanyikan live. Suara semua power-power. Paling best Han Byul. *pilih kasih nampak*
Han Byul senang je nak dibezakan. Yang blond tu Han Byul la tu. Han Byul dah jadi blond!!! Sukar untuk diterima. >__<
Han Byul ada twitter! Ye, betul! Sangat mengujakan! Akhirnya saya dapat berinteraksi dengannya dan tahu apa yang terkini! Selalu jugak dia bertweet, kadang2 ada post gambar sekali.
^^ Jang Moon, Jung Jin, In Gyu, HaiMing, where are you???
p/s: Saya memang dalam mood Korea kebelakangan ni =D

hehe..tomo tu comey kan??
ReplyDeletei pun suke lagu 'Yearning of The Heart', sbb time tu tgh demam Junpyo (BOF), Hehe
oh...ha ah...tengok nama u pun dah tau u suka junpyo kekeke ;)
ReplyDeleteyup, tomo memang comel. :)
Hahaha..
ReplyDeleteRasernye bertambah demam Junpyo kot after 'layan' k-drama Personal Taste.
(^.^)v