Friday, July 23, 2010

Malam-malam saya sibuk

Dah lama tak update. Agak sibuk kebelakangan ni. Malam-malam ada latihan silat untuk pertandingan. Pergi naik bas pukul 7 malam, latihan mula pukul 8.30. Habis dalam pukul 11.30. Hoho, bagus tak, saya datang awal? Dari dulu memang saya selalu datang awal begitu. Dah kemudahan pengangkutan yang ada cuma bas itu sahaja. Jadi, naik sajalah. Asalkan sampai ke destinasi. Lagipun, lagi bagus datang awal. Boleh baring-baring, rehat-rehat dalam surau dulu sebelum latihan. Hoho. Surau itu kami yang punya! XD



Tadi latihan, jumpa junior-junior silat buat pertama kali. Best tengok ramai ahli baru perempuan. Teruja je nak berlatih. *Bilangan ahli yang datang latihan mempengaruhi keterujaan =b* Hehe. Tapi ahli lelaki baru macam sikit je. Dengar kata haritu macam lebih ramai dari bilangan yang datang tadi. Ada kelas malam agaknya takpun tertinggal bas =_=!


Best sebab ada geng naik bas bila nak balik lepas habis latihan. *pelajar perempuan tahun 1 semua tinggal di ttu3* Geng Bas UTeM. hehe. Tapi musykil kenapa malam ni pakcik bas tak turun ambil kami kat kompleks sukan. Selama kami berlatih silat di situ, pakcik bas tak pernah tak datang ambil/jenguk kami kat padang sofbol tu. Tadi pakcik tu datang, tapi dia sekadar lalu je, bukan nak berhenti ambil kitorang. Saya ni dahlah "rajin" nak pergi jalan naik kat kafe 1 kat atas tu. Jauh pulak tu. Kaki dah lah sakit. ='( Kasihanilah kami, pakcik bas!



Ni pemandangan semasa tunggu bas di kafe 1.



Entah bila nak ambil gambar masa silat. haha


p/s: Tadi dapat pengalaman baru. Best. Tapi ada rasa sedikit gementar. Normal kan untuk yang pertama kali? =)

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?