Oleh kerana kondisi badan macam tak berapa tip top seperti biasa, maka masa latihan silat tadi saya tak berupaya nak melakukan "flip" seperti yang berjaya dilakukan Rabu lalu yang tidak disangka-sangka berupaya dilakukan dengan berjaya. Agak kecewa di situ. =_=! Oleh kerana tak puas hati tak berjaya buat masa latihan tadi, maka lepas habis latihan dan bila sampai di bilik, cuba untuk buat "flip" atas tilam. Boleh pulak! Aihh...tak faham...!
OK. Dah tangkap gambar masa sedang berlatih silat. Ini gambar curi-curi tangkap masa rehat minum air kejap. Hoho. Gelap sikit. Lampu spotlight tak dipasang pulak malam ni.
Kebetulan semua orang tengah membelakangkan kamera la pulak. (>_<)!
Hari Jumaat, saya ada kelas petang yang bermula pukul 3 sampai pukul 5 bertempat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Mula-mula sampai semangat membara. Lepas tu nak kena naik turun tangga pergi bilik kuliah 16 tu adoi, memenatkan sungguh. Dahlah kondisi kaki tak membenarkan jalan laju. Tambah-tambah, kelas petang ni memang mengundang syaitan bergayut di mata. Ntah apa yang seronok sangat yang ada kat mata saya ni sampai syaitan asyik bergayut je kat mata saya. Hebat betul dugaan bila kelas di petang hari yang sepoi-sepoi bahasa dengan "air-cond" menyamankan udara. Kuliahnya pulak banyak slide. OH....
Semua orang berusaha berjuang hingga ke slide terakhir! *eh, yang belakang tu tidur ea?*
p/s: Terharunya bila Abah call tadi. Tiba-tiba teringat dah lama tak call rumah. Ish..ish..ish...perkara yang amat jarang berlaku. Petang terus call Mak. =')
Pogushippeoyo~~!! *I miss you!*
eh. nih semua cover tak tido depan kamera jer nih. :P
ReplyDeleteluaran nmpk tak tido tapi dalaman tidur kah...??? XD
ReplyDelete