Friday, July 16, 2010

Minggu Pertama Kelas Sampai Hari Rabu Sahaja

Walaupun pada hakikatnya semester baru ini bermula minggu ini, tapi realitinya kelas bermula minggu depan. Macam biasalah. Nasib baik ada jugak pensyarah-pensyarah yang buat juga kelas minggu ini. Kalau tidak buat penat je tunggu lama-lama di kampus dan buat penat je berebut-rebut naik bas yang kebarangkalian untuk duduk adalah amat rendah.



Minggu ni saya kelas sampai hari Rabu je. Hari Khamis dan Jumaat kelas dibatal. (=_=!) Cuti empat hari yesss. *Macam tak cuti dua bulan je sebelum ni*



Hait, hait, hait kelas Bahasa Jepun dah mula yossshh! Malam pertama kelas terus belajar. Hait, kelas bahasa ketiga memang waktu malam aihh. Tiga jam pulak tu. Seronok wohh!! Mula-mula belajar karakter-karakter Hiragana. Mari tengok tulisan Jepun saya yang kalau nak dibanding dengan budak tadika, mereka punya tulisan lagi lawa. =D



Tulisan Jepunku

Haha. Tengok saya tulis atas apa. Diari (0_0). Ini je sumber kertas yang ada masa tu sebab ingatkan kelas tak akan mula lagi hohoho. Gomenasai sensei! XD







OK, dah beli buku untuk tulis Hiragana yayy~

Ada perkembangan sikit tak teknik tulisan saya? heh heh.





mood: Rindu nak baca blog Tomo. Tomo, cepat buat blog baru! (>_<)










No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?