Monday, August 30, 2010

Dapat Kad Raya

Malam ni agak rileks. Esok cuti hari merdeka. Tak ada kelas. Ha, merdeka tahun yang ke berapa kawan-kawan? Cepat angkat tangan dan kaki, kira. Tahun 2010 tolak dengan 1957. Dapat berapa? 53 kan? Kenapa nak kena guna tangan dan kaki? Tak tahu.



Lepas lama terperap dalam bilik sambil melayan perasaan, saya pergi keluar dari bilik. Pergi kat meja study. Nak ambik ape tah, tak ingat. Masa tu housemate2 yang lain yang berada di luar tengah "berdebat" tentang sesuatu. Memandangkan tak tahu hujung pangkal, saya biarkan je mereka. Takut kalau menyampuk karang jadi lain pulak. Lepas tu terperasan sesuatu yang menarik atas meja. Sesuatu yang amat jarang nak dapat zaman teknologi ni. Sesuatu yang didambakan masa bulan puasa ni.



Kad raya! =0


Teruja habis tengok. Dah nampak terus sambar dan bawak masuk bilik. Sempat jugak cakap terima kasih kat pemberinya iaitu jiran sebelah bilik: Jia. Ye, kawan serumah yang bagi kad raya. Cool tak? Housemate korang ade ke yang bagi kad raya? Dah lama tak dapat kad raya! T__T *nangis kegembiraan*


Plan asalnya malam ni nak tulis kad raya jugak, tapi disebabkan ada sedikit selingan di fb, terpaksa ditangguh niat tu. Kad raya dah siap longgok atas katil dah. Pensel box pun dah ada kat tepi ni. Tapi tak jadi. Esok la kot. kikiki sabar ye wahai bakal2 penerima kad raya dariku. Nak fikir ayat bunga-bunga, pantun, ucapan dan ayat-ayat mohon maaf bukan boleh siap dalam sekelip mata je, ye dak?



Dah lama tak tulis kad raya!



p/s: nak hantar kad raya by post kena guna setem 60sen. Wah...dulu 20sen/30sen je. Bila last aku hantar kad raya ye? Nampak sangat dah lama. (=.=)!


p/s: nasib baik i beli kad comel2 je, takyah fikir byk sgt ayat..belum pape dah penuh satu kad tu kott..ngeh3..

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?