Setibanya bas Transnasional yang bergerak membawa penumpang dari Terminal 2 Seremban pada jam 3.30 petang di Stesen Sentral Melaka, saya menggalas beg galas dan mengangkat beg jinjing berisi buku dan beberapa helai baju. Bersedia untuk keluar. Boleh tahan berat juga beg jinjing itu. Dalamnya ada buku Project Management yang tebalnya boleh tahan. Punah harapan mahu membawa beg ringan pulang. Kalau berat dengan makanan tak mengapa lagi. =b
Turun saja dari bas, saya terus melangkah laju ke tempat omnibus berada. Mahu pulang secepat mungkin. Pemandu-pemandu teksi yang memanggil tidak dihiraukan. Mahal kalau naik teksi. Naik bas jimat. Baru berapa ringgit. Orang yang berjalan perlahan dipintas. Akhirnya tiba di tempat omnibus. Nah, banyak bas menunggu. Pilihlah yang mana mahu. BasT, Bas W dan macam-macam bas lagi. Konduktor Bas W paling meriah memanggil-manggil. Saya terpanggil untuk menuju ke Bas W. Paling dekat dengan tempat saya berdiri. Bertuah Bas W.
Masuk-masuk sahaja ke dalam bas, kelihatan hampir semua kerusi sudah diduduki orang. Saya berjalan masuk ke bahagian dalam bas mencari tempat kosong. Ada satu. Pelik. Kenapa kusyennya nampak rendah sedikit? Bila duduk, memang rendah. Kusyen itu sudah leper. Tiada rasa duduk di atas kusyen tapi rasa seperti duduk di atas papan. Tak apalah. Dapat duduk kira bertuah kan.
Suasana dalam bas sungguh panas. Bas ini dilengkapi pendingin hawa tetapi nampaknya pendingin hawanya tidak berfungsi. Tambahan pula, semua tingkap ditutup rapat. Cuba dibuka tetapi gagal. Panasnya! Saya mendongak untuk mencari butang berwarna merah untuk ditekan bila sampai di destinasi. Tiada! Lihat di tempat lain. Ada yang sudah rosak juga!
Terbang best. Banyak angin
Bersyukur sampai ke destinasi dengan selamat. Berjaya mengharungi suasana panas dan tak selesa dalam bas. Harapan saya agar bas-bas omni menaik taraf bas-bas mereka. Orang tempatan pun nak naik bas lawa-lawa juga!
p/s: Bas Panorama mana?
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?