Sunday, September 26, 2010

Aktiviti hari Sabtu

Patutnya entri ni ditulis semalam tapi sakit kepala melanda maka terpaksa ditunda ke hari ni. Kebelakangan ni kerap pulak sakit kepala kenapa ye? Bukannya kena fikir masalah negara pun. Orang yang kena fikir masalah negara pun tak sakit kepala. Sila fikir kenapa.


Straight to the point, semalam saya join satu pertandingan ala-ala explorace di fakulti saya; Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nama pertandingan itu ialah The Cod3 Hunt. *sila baca sebagai The Code Hunt*. Alkisahnya, peserta2 pertandingan kena berlari-lari ala amazing race/explorace untuk cari checkpoint then guna kemahiran pengaturcaraan yang ada untuk selesaikan soalan di checkpoint untuk dapat klu seterusnya. *fuuu..panjang deskripsi* Pengaturcaraan == C++. Kena buat coding. Yup. Mantap betul peserta-peserta Cod3 ni. Selagi tak betul coding dia, tak boleh dapat next clue. Sila perah otak anda sampai kering.



Perah, jangan tak perah!



Suasana di checkpoint lain



Oh. Saya hanya AJK yang jaga checkpoint sahaja. Tugas saya hanya menebeng di checkpoint sahaja. Tunggu peserta-peserta datang sahaja. *saja tulis sahaja banyak2* Bila dah datang bagi soalan then check jawapan. Checkpoint saya dah la checkpoint terakhir. Agak jenuh menunggu.




Kuyu tak mata saya? Yang penting dapat baju free yo!




Bila dah dibagi fail berisi soalan dan jawapan, kami penunggu2 checkpoint pun pergi ke tempat kami. Baru beberapa saat sampai kat checkpoint di tingkat dua, tengok-tengok dah ada peserta-peserta berlari-lari macam ada kebakaran macam dah nak sampai garisan penamat kehkehkeh. Saya yang jaga checkpoint last ni tengok je la. Relaks je lagi. Dah la mengantuk bangun pukul 5.50 haha. Jaga pulak checkpoint last. Boleh tidur dulu kot. Tapi tak boleh tidur dulu. Ada beberapa group yang tersalah teka lokasi maka datang kat checkpoint saya. Salah tempat ni dik *bajet senior*. Memang senior pun. Yang masuk semua tahun satu.



Setelah beberapa kali berulang-alik di tempat yang sama, tiba-tiba datang satu group di tempat saya. Saya pun tanyalah soalan nak pastikan diorang sampai checkpoint yang betul ke tak. Oleh sebab bosan dan mengantuk, jawapan yang diberi disalah anggap dan saya pergi cakap ni bukan checkpoint korang. Padahal memang checkpoint diorang. Kekeke...sorry ya, i mengantuk. =_=! *sila baiki attitude anda ye, Afiq!*


Ini group yang first datang jawab soalan di checkpoint saya.



Mula-mula datang satu group, then lagi satu group datang. I pun bagilah soalan kat mereka. Bila dah siap, i pun check la dengan skema jawapan. Lain apa yang i dapat dan apa yang mereka jawab! I pun pulangkan balik kertas mereka suruh mereka buat lagi. Bila group lagi satu suruh check pun jawapan tak sama dengan skema! ayarks.....macam mana ni???




Ini group lagi satu. Sori hanya tangkap gambar belakang heheh.


Sementara i tengah semak jawapan-jawapan mereka, group-group lain datang berduyun-duyun. Tak menang tangan melayan. *macam rumah terbuka pulak
*Sebelah kiri sibuk "Akak, cepat check jawapan kitorang ni.."
Sebelah kanan pun "Akak, jangan check jawapan diorang, check jawapan kitorang dulu!"
Yang depan "Akak cepat kak..."

Nasib baik belakang i dinding. Kalau tak mau pening kepala. Fikiranku kusut. Satu pun jawapan mereka tak sama dengan skema. C++ dah lama ditinggal. Habis tu nak kena guna otak sendiri la ni? Waaaa~~


Untuk memudahkan jalan cerita, saya pun ambil keputusan untuk suruh diorang terangkan kat saya apa yang diorang buat tu. Kalau nak suruh saya faham sendiri memang berzaman baru faham kot. Maka macam tu lah ceritanya. Mana-mana coding yang masuk akal dan logik saya terima je lah. Kesian jugak tengok muka-muka yang semua nak menang nombor satu ni. Saya faham. Saya pun pernah masuk explorace. *Tak boleh jadi penjaga checkpoint macam ni huhu.*



Soalan dan jawapan mereka



ni kat checkpoint depan. Ramai sungguh.



checkpoint bawah






pemandangan dari koridor



Lepas habis race, ada taklimat dari senior dulu dan penyampaian hadiah. Siapa pemenang, saya tidak tahu.


Balik rumah terus sakit kepala. Oh. saya rasa saya tau kenapa. Tak cukup tidur agaknya.



~Sekian~









No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?