Saturday, October 16, 2010

Most wanted: Seremban #1

Hari itu hari Jumaat. Hari yang dah lama dinanti-nantikan. Hari yang ditunggu-tunggu sejak beberapa minggu lepas. Hari yang didambakan. Hari yang indah. Kenapa? Sebab hari Jumaat itu saya nak balik rumah. Dah lama tak balik. Sejak raya hari itu. Jadi Hari Jumaat itu terpilih sebagai hari balik. Yayy..

Dalam jam 1.30 petang, saya sudah terpacak di tempat menunggu bas. Kenapa tak balik pagi? Sebab pagi itu ada sedikit hal perlu diuruskan jadi pergi uruskan dulu. Jadi balik petang. Waktu tu agak bertuah pula, bas ke Melaka Sentral(MC) tiba dalam beberapa minit je tunggu. Suka, suka! Segalanya berjalan lancar setakat ini..

Dalam bas, hati asyik berharap supaya bas sempat tiba Melaka Sentral sebelum 2.30. Sebab bas ke Seremban ada pukul 2.30. Kalau sempat, boleh beli. Kalau tak 2.30, 3.30 pun boleh.

Biasanya kalau saya nak balik Seremban, memang beli tiket on the spot je. Selalu memang ada punya. Tak pernah tak adalah. Gerenti ada. Bas transnasional. Setiap jam ada.

Not.

Sampai-sampai je dekat kaunter tiket, saya diberikan jawapan: "tiket seremban hari ni tinggal pukul 6.30 aje, dik."

Hah? Biar betul apa yang saya dengar ni? Tiket Seremban yang awal-awal dah habis? Tak pernah berlaku dalam sejarah dua tahun setengah saya kat Melaka ni!

Kenapa ramai pulak orang nak pergi Seremban ni? Aihhh..pelik betul la..

Teringat satu option nak pergi Seremban boleh melalui Tampin. Jadi pergi pusing MC carik bas Tampin. Tak jumpa. Kecewa. Dah cuak dah ni. Takkan tak boleh balik ni?


Kemudian, saya call Mak bincang-bincang. Ada satu lagi option. KL. My only hope. Lepas berapa kali pusing MC tu, akhirnya saya bernasib baik dapat jumpa tiket bas ke Bukit Jalil pukul 2.30 petang. The earliest ticket available. Tiket KL lain semuanya petang-petang gak. Tidak mahu. Masa tu jam dah pukul 2.30 petang dah. Acik kaunter tu pun suruh saya cepat-cepat pergi naik bas.


..............bersambung (nak bersiap-siap pergi kelas jepun. Hari Sabtu ada kelas? Ishhh....dah la kena jalan kaki seorang diri! Takpe Afiq, tabahkan hati anda!)

3 comments:

  1. Good idea, balik seremban dari KL...hehe..pandai mak..

    ReplyDelete
  2. dulu saya selalu pergi ke seremban.. :)

    ReplyDelete
  3. @Zyash:actually rumah saya kat bangi. Balik bangi boleh melalui seremban/KL. =)

    @ken:buat apa pergi seremban?? =0

    ReplyDelete

Do you have something to say?