Sunday, October 17, 2010

Most wanted: Seremban #2

Hari itu hari Ahad. Hari yang paling tidak ditunggu-tunggu. Hari yang diharapkan masa berlalu dengan sangat perlahan sampaikan kalau dibandingkan dengan siput bergerak, siput pun menang. Maaf siput, bukan niatku nak memperkecilkan gayamu bergerak.

Hari itu saya kena kembali ke Melaka lepas dua malam tiga hari di rumah. Oh berat sungguh hati rasanya. ='(

Perasaan ini memang normal tiba kalau dah tiba masanya untuk perasaan ini tiba. Aih..memang berat hati betullah nak kembali! Rasa macam tak nak kembali pun ada!

Yang peliknya, hari Ahad itu, perasaan tak nak kembali macam terlebih banyak dari biasa. Entahlah kenapa. Mungkin sebab dah lama tak duduk rumah, bila dah duduk rumah rasa selesa sangat-sangat. Kat rumah tiada tekanan apa sangat pun. Kalau ada pun, tekanan nak berebut giliran siapa nak guna mesin basuh dulu, atau em..apa lagi tekanan yang ada di rumah? Oh, tekanan nak masak nasi mengikut citarasa Abah.. heheh. Kalau penuhi citarasa nanti dapat pujian. Yay!


OK. Intro sudah sangat panjang, mari kembali ke pangkal jalan.

Disebabkan beli tiket Bukit Jalil hari itu bukan di kaunter Transnasional dan masa beli tiket tu masa naik bas dah sampai, maka tak sempat nak beli tiket kembali ke Melaka pada hari itu. Tiba-tiba teringat kisah persaingan nak berebut naik Komuter di stesen Bandar Tasik Selatan. Huh. Memualkan betul bila teringat. Siap ada tangkap gambar dah sebab dah plan nak buat entri dalam blog. Tapi itu nanti dulu. Kita habiskan yang ini dulu.


Kebiasaannya, kalau saya belum beli tiket kembali ke Melaka, saya akan beli on-the-spot di Seremban bila saya dah nak kembali(macam kisah di entri sebelum ni). Ye. Seperti kisah sebelum ni juga, setiap kali saya beli, memang ada aje jual tiket tu. Tak pernah tak ada. Hm. Macam tahu-tahu je kan apa kesudahannya?


Sekitar jam 3.00, Abah, Mak, Min dan saya sampai di Terminal 2 Seremban. Saya pun pergi kat kaunter Transnasional. Suatu notis menanti saya.


TIKET KE SHAH ALAM/KLANG DAN MELAKA SUDAH HABIS UNTUK HARI INI.


Apa lagi, terkesimalah saya di situ. Rasa nak tersedak pun ada. Macam-macam rasa ada. Ini sudah lebih! Tiket Seremban habis, tiket Melaka habis. Apa ni?


Biasanya tak pernah macam ni! Tak pernah! TAK PERNAH!


Entah apa yang ada kat Seremban/Melaka hujung minggu itu yang menarik sangat tak tahulah. Tapi best jugak tiket tu tak ada. Rupa-rupanya bersebab saya malas lebih nak balik hari itu. Takde tiket rupenya. Jadi kena balik Isnin. Yayayayyy! (Dalam hati ada bunga api paling besar, bulan bintang berkerdipan, burung-burung berkicau riang weee~) Nasib baik pagi Isnin takde kelas. HAHAHAHAHA. Saya amat gembira. Terlampau gembira. Rasa macam tak payah balik langsung perasaannya. =D



p/s:Saya masih musykil tentang betapa lakunya tiket Seremban dan Melaka sejak akhir-akhir ini. Dan saya rasa tajuk post ni tak sesuai. Patut Most Wanted: Melaka. Tapi biarlah. Nak buat dua entri tu bersiri.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?