Tuesday, November 02, 2010

Di Mana Kan Kucari Ganti


Pada suatu malam, saya berkesempatan menonton konsert "Di Mana Kan Kucari Ganti" iaitu sebuah konsert penghargaan kepada P.Ramlee. Dalam dewan DBKL tu saya duduk sebelah Fahrin Ahmad. Depan saya Tiara Jacquelina *ejaan?* dan belakang saya Erra Fazira dengan suaminya. Dikelilingi artis-artis popular! kehkehkeh. Tipu semua ni. Saya tengok konsert ni kat rumah je. Bukak Astro B-yond channel P.Ramlee dapatlah tengok. HD pulak tu. Kalau fokus dapat tengok bekas-bekas parut dan jerawat di muka mereka. Kahkahkah. Hehe. Oh. Saya tonton bersama Mak dan Abah. Lagi best. =)


Bukak-bukak je siaran terus persembahan kumpulan Hujan. Dah terlepas persembahan M. Nasir. Noh Hujan dah potong rambut. Rambut depan dia dah tak macam Justin Bieber lagi. *ini tak penting* Noh nyanyi lagu Tunggu Sekejap dan lagi satu lagu duet dengan ...tak tahu nama.


Memandangkan saya tak ingat susunan persembahan, jadi saya tulis yang saya ingat je la. Misha Omar menyanyikan lagu Jeritan Batinku...saya tengok dah macam nyanyi lagu Pulangkan pulak gayanya. Especially part "Ku pandang kiri ku pandang kanan" Lirikan matanya agak menaikkan bulu roma =b. Saya juga perasan Misha selalu tengok lirik kat bawah..tak hafal lirik ke? Datuk Sharifah Aini juga begitu. Suara memang sedap tapi beliau terlalu bergantung kepada lirik kat bawah. Kalau tengok kat dewan DBKL tu mungkin tak perasan, tapi kalau tengok kat TV akan perasan diorang tengok bawah je. Tiada eye-contact dengan penonton di TV. Dan penonton di dewan juga mungkin? Tak salah nak tengok lirik kat bawah tu, mungkin cuak buat persembahan depan orang ramai(mustahil la...!) tapi takkan la sampai tak angkat muka langsung kot. Sebenarnya ramai artis yang nyanyi tengok lirik bawah tu.


Amy Search nyanyi dalam nada rendah. Macam payah je tengok dia nak mengeluarkan suaranya. Tapi sedap jugalah.


Saya suka persembahan Jac. Persembahan solo dia mantap. Persembahan duet dengan Vince dan Aizat pun best dengan lagu Joget Malaysia. Macam sangat santai je persembahan mereka. Best2. Baru perasan suara Jac sedap. hehe.


Kalau cik Vincent dan Aizat nak tahu..Kuala Lumpur ibu negeri..


Cakap pasal Vince...dah lama tak nampak dia kat pasar malam. Dia nyanyi lagu Bila Mama Pakai Celana dan Dengar Ini Cerita. Menarik...Vince masih nampak macam dulu dengan senyuman sengetnya. Dengar lagu Dengar Ini Cerita mengingatkan saya kepada ikan Axion pada zaman Tok Kaduk dulu. Kehkehkeh.


Oh. Sketsa Madu tiga tu best! *tiba-tiba teringat pasal ni sebab Real Player saya tengah main lagu Madu Tiga*. Lakonan Rozita dengan loghat Kedahnya best! Tiga-tiga madu best (Rozita, Rosnah dan Nora Danish). Pakcik Jem(Salleh Yaakob) sesuai nyanyi lagu ni hahaha... lakonan semuanya sungguh bersahaja (I wonder if sketsa ni pun ada kena ulang banyak kali)


"Inilah suami saya!" kata Nora.
"Inilah suami kami!" kata Rozita.


Cucu P. Ramlee pun ada buat persembahan. Muka cucunya familiar macam pernah nampak di mana-mana. Bintang Kecilkah? Atau Idola Kecil? Entah. Yang pasti suara dia pun sedap. Nyanyi lagu Bunyi Gitar. Muka dia cheeky =D


Ella nyanyi lagu Berkorban Apa Saja. Suara dia memang mendayu, muzik pun mendayu-dayu, sampaikan ada di kalangan penonton menumpahkan air mata kerana terlampau menghayati kesedapan Ella nyanyi lagu tu. Kamera asyik tunjuk muka penonton tu nangis je. Haha. Tapi cara Ella nyanyi macam tak menggambarkan kesedihan pun. Suara je sedih tapi cara pergerakan badan macam tak sedih. Tak pe, ada jugak orang nangis tengok dia nyanyi. *teringat Kudsia Kahar suka nangis tengok persembahan AF*


Cara Ning Baizura nyanyi lagu Engkau Laksana Bulan lain dengan cara dia nyanyi biasa. Lain dengar dia nyanyi tanpa suara sopranonya. Hei, tapi soprano tetap ada okay. Dah nama Ning Baizura.


Lain-lain artis yang buat persembahan adalah Haziq, Awan Band, Yuna, Aizat dan Altimet. Keseluruhannya konsert ni memang best. Berbaloi tidur lewat. Membuatkan saya tiba-tiba nak dengar lagu-lagu P. Ramlee semula berulang-ulang kali. =)


Gambar credit to http://www.gua.com.my dan laman web Astro

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?