Papan tanda yang dimaksudkan termasuklah papan tanda untuk tunjuk arah ke lokasi perkahwinan dan papan tanda notis parking dah penuh juga papan-papan tanda yang sama waktu dengannya. Panduan ini perlu dipatuhi oleh yang berkaitan supaya semua orang gembira dan suka hati sampai ke destinasi tanpa ada masalah dalam perjalanan. Ini juga penting untuk mengelakkan kesesakan jalanraya yang tak perlu.
Mula-mula panduan untuk letak papan tanda orang kahwin.
1. Letak papan tanda/notis jauh sikit dari simpang. Jangan letak betul-betul di simpang. Maksudnya kena letak awal sikit dari simpang supaya senang nampak.
Contohnya macam gambar kat atas ni, papan tanda/notis diletakkan betul-betul di laluan masuk simpang. Kalau jalan kampung bolehlah buat macam kat atas ni (walaupun tak digalakkan) sebab kat kampung tak banyak kereta sangat...boleh bawak slow-slow...tapi kalau letak macam ni kat highway di mana kereta banyak dan laju, nak-nak lori besar pulak kat depan kita, kemungkinan nak nampak papan tanda/notis ni adalah kurang. Kemungkinan untuk terlepas pandang adalah tinggi. Lepas dah terlepas tu puaslah nak pusing-pusing cari. Mau tak membara hati dan perasaan?
2. Letaklah notis tu ada bunga manggar sebatang dua ataupun apa-apa yang lip-lap yang senang orang nak nampak. Nak buat banner besar lagi bagus. Dari jauh dah nampak. Baru nampak macam nak ajak pergi majlis kahwin.
3. Saiz tulisan di atas papan tanda/notis tu bagi besar sikit yang boleh baca dari jauh. Senang nak buat keputusan nak masuk simpang mana. Ni pergi tulis macam tulis kat buku tulis sekolah. Tak ke susah atok-atok nak baca?
4. Letak notis/papan tanda kat tempat bersesuaian dan senang dinampak. Ditekankan sekali lagi sebab ini paling penting.
Seterusnya, notis untuk parking penuh.
1. Sila letak notis di tempat sebelum masuk tempat parking. Kalau orang dah masuk kat tempat parking kemudian baru nampak notis tu, apa gunanya? Ini terjadi baru-baru ni masa nak parking kat Alamanda. Dah masuk simpang parking lepas traffic light baru perasan notis parking penuh kat tepi. Itupun hampir-hampir tak nampak. Tak strategik langsung tempat letak notisnya.
Ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Apa lagi cara-cara letak papan tanda/notis yang elok?
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?