Thursday, November 04, 2010

Saya beli Kobis

Semalam saya pergi Mydin untuk beli stok makanan. Antara stok yang dibeli ialah Milo Fuze, Ayamas, roti, minyak masak, sayur kobis dan lain-lain. Dalam senarai barang nak beli ada tulis telur tapi fikir-fikir balik dengan mengambil kira tahap keberatan bakul isi barang-barang tu dan stok telur ayam ada lagi maka tak jadi beli. Nanti bila dah habis stok telur sila jangan menyesal tak beli. 

Hari ini nak fokus tentang salah satu item yang saya beli semalam iaitu kobis. Salah satu sayur kegemaran. Kebiasaannya Mak saya kalau beli kobis mesti separuh. Semalam saya beli yang berbentuk penuh punya. Macam dalam gambar bawah ni:


Hai, saya kobis!


Masa belek-belek nak pilih yang mana satu nak beli tengok ni yang paling kecil saiznya. Alih-alih bila balik rumah dan nak potong-potong jadi kecil supaya senang simpan dalam bekas, tak muat pulak nak simpan dalam satu bekas. Besarnya kobis ni! Boleh ke habiskan?


Pasti boleh habiskan. Makan sayur kan elok. (Tapi saya pernah dengar makan kobis selalu tak elok, betul ke?) Lalu saya pun memikirkan beberapa cara bagaimana nak makan kobis. Tak naklah makan kobis cara sama je karang bosan.



Cara pertama: Kobis Goreng. Paling asas, senang, mudah, sedap, Masuk hari ini, dah dua kali saya makan kobis goreng. Suka!





Cara kedua: Masukkan dalam nasi goreng. Belum buat lagi sejak beli. Akan buat di masa-masa akan datang.





Cara ketiga: Masukkan dalam maggi. Mmm...berkhasiat sikit maggi kita kalau tambah sayur.





Cara keempat: Buat coleslaw. Rasa-rasanya macam tak akan buat. Mayones takde. Carrot takde. Rajin takde. Haha!






Cara kelima: Goreng kobis dengan telur kemudian taruk kicap makan dengan bubur. Sedapnya~~~ Gambar takde pulak. Nak tengok gambar tengok di entri2 terdahulu yang buat bubur tu.


Dah? Lima je perkara boleh buat dengan kobis? Kalau macam tu "Mak, Angah balik rumah nanti tak nak masak kobis ye." =b



####Gambar semua dari Google

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?