Friday, January 21, 2011

Kelas batal harini, maka hujung minggu dapat cuti tiga hari!

Kelas harini ditunda ke jam 11pagi. Patutnya kelas mula pukul 10. Tapi pensyarah kata beliau ada mesyuarat jadi kena buat kelas jam 11. Bas pergi kampus pulak macam biasa kalau untuk pagi, bas yang terakhir pukul 9. Sampai kampus dalam 5-10 minit. Saya pun dah rancang nak buat apa dalam jangka masa 2 jam menunggu kelas jam 11. Dua jam tu nak kena tunggu!!

Ok. Mula-mula kita beli roti ke, apa ke kat koop. Sebab sempat minum milo je tadi. Tak sempat nak capai muffin. Lapar.

Kemudian kita pergi perpustakaan sebab nak pulangkan buku. 

Lepas tu..mungkin boleh lepak-lepak kat perpustakaan...buat la apa-apa yang patut.

Ok. Plan yang agak bagus.



Tiba-tiba, semasa dah nak dekat pukul 9, semasa saya sedang tergesa-gesa habiskan milo dan pakai tudung semua, Jia mendapat panggilan telefon. Antara butir-butir perkataan yang saya tangkap ialah batal. Kelas batal ke? Lepas Jia dah habis cakap dalam telefon, dia pun mengumumkan berita: Kelas batal. Wuahh... punyalah dah siap-siap nak pergi kelas, tinggal nak keluar rumah naik bas je ni. Kelas batal! 



Kecewa, sebab last minit baru tahu, tapi gembira jugak, sebab cuti tiga hari! haha! :D


nota: Nasib baik tak naik bas lagi. Kalau tak mesti tensi melahu tunggu bas nak balik. T_T




No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?