Thursday, January 20, 2011

Tersentak melihatmu

Tadi masa makan tengah hari kat kafe yang penuh dengan ramai orang pada lebih kurang jam satu, ada beberapa pelajar lelaki datang kerumun beberapa meja sekeliling meja saya dan Mimi. Promot sesuatu. Siap bagi pamplet. Saya pun baca la pamplet tu sekilas pandang. Tertulis Silat XXX *nama dirahsiakan*. Hati tersentak sikit. Oh. Rindunya nak bersilat. Rindunya nak membelasah orang. Rindunya nak dibelasah orang.  


Saya masih setia kepada silat yang saya join sejak tingkatan empat. Walaupun dah lama tak turun training tapi masih ada rasa rindu nak bertraining. Lepas dah habis makan, saya dan Mimi pergi koperasi. Silat XXX tu tengah buat demo. Datang pelajar lelaki yang jumpa kat kafe tadi ke arah kami dan promot lagi persatuannya. Giat promot ye. Silat yang saya join tak ada nak buat macam ni ke? Kebarangkalian dapat ahli baru agak cerah. Saya dah terpengaruh sikit dah tadi haha! 

Serius. Rindu.


Nanti bila gelora di dada dah reda nanti saya jenguk-jenguklah padang sofbol hari Isnin dan Khamis ye. Tak tahulah bila tu. 


nota: over tak tajuk entri hari ni? cam gedik je. Padahal bukannya apa-apa sangat pun nak disentak-sentak. haha. Macam lirik lagu pun ada ni. ;p

nota lagi: badan rasa tak sedap je. Tekak macam kering je. Badan macam panas je. Janganlah demam :(

Doctor Onew, can you treat me?



No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?