Friday, January 28, 2011

Kisah Afiq dan labcoat

Kisah Afiq dan labcoat mengambil masa selama lebih kurang tiga tahun. Anda sedia nak baca kisah tiga tahun? Kalau anda tengah buat sesuatu yang penting, pergi buat dulu. Dah siap buat baru baca ni. Saya tak tahu saya akan taip entri panjang atau entri tak berapa panjang. hihi. Oh, ini ialah sambungan entri Feelings


Tahun 1 Semester 1.
Junior fresh baru masuk UTeM. Teruja. Walaupun kuliah mengambil tempat di kilang Cubic, teruja jugak nak pergi kelas. Walaupun selalu sesat cari kelas, teruja jugak. Kafe besar. Teruja. Persekitaran baru. Teruja. Suatu hari persatuan fakulti saya, Faculty of Information and Communication and Technology Societ (FICTS)   tanya kalau budak-budak junior berminat nak beli labcoat. Tentulah minat! Bak kata seorang senior yang bawak saya dan junior-junior lain jalan-jalan dalam kampus, labcoat tu boleh pakai kalau malas nak gosok baju, pakai kalau bangun lambat-tak sempat-nak-gosok-baju, kalau dah takde baju elok nak pakai, etc etc. Menarik kan! Tak payah susah-susah nak fikir pakai apa pergi kelas. Haha! Saya pun teruja terus setuju nak beli. Tulis nama apa nak letak kat labcoat tu dan saiz. Teruja fikir macam mana jadi kalau dapat pakai labcoat. 
Kemudian, saat yang dinanti-natikan tiba. Labcoat dah siap! Boleh pergi ambil! Yay! Saya pun berlari   pergi la ke tempat yang disuruh pergi ambil labcoat tu. Carik-carik labcoat saya dalam timbunan labcoat semua orang. Jumpa. Gembira. Eh kejap. Kenapa nama saya eja salah ni?

Saya tulis nama saya macam ni:
SITI NOOR AFIQ

yang ada kat labcoat tu:
SITI NUR AFIQ

Perasaan terus membara. Ni marah ni. Saya dah eja betul-betul dah nama saya. Siapa eja nama diri sendiri salah kan? Sedap-sedap je si tukang jahit tu pergi tukar ejaan nama orang. NOOR lain dengan NUR okeh! SITI NOOR lain dengan SITINOOR okeh! SITI NOOR AFIQ lain dengan SITI NOORAFIQ okeh!!


emosi: tak puas hati

SITI NUR AFIQ bukan saya. Bukan, bukan. Maka dengan rasa kecewa, saya pun pulangkan labcoat tu kat AJK FICTS tu, suruh dia tukar nama saya jadi yang betul. Dia cakap semester depan baru dapat. OK. Fine. Jeles betul tengok member-member pakai labcoat baru. T_T


Tahun 1 Semester 2
Sesi kedua bagi labcoat pun tiba. Masa tu ambil dekat pentas di kafe. Punyalah susah nak jumpa FICTS ni, yelah, jadual semua orang tak sama. Saya pun dengan terujanya pergilah kat pentas tu nak ambil labcoat lepas habis kelas tengah hari. Carik-carik labcoat saya. Jumpa. Heart sank again. Nama di labcoat masih SITI NUR AFIQ. Grrr....

Saya pun cakap lah dekat AJK tu lagi pasal labcoat saya. Dia mintak nombor telefon saya. Senang nak bagitahu apa-apa la kot kalau dah settle. Sampai saya tulis ni, takde siapa2 ahli FICTS batch tu pun yang contact saya. *marah*

Kemudian, lepas tu ada lagi pemberian labcoat. Next batch punya order. Saya pergi jenguk lagi. Tapi kali tu dah tak berapa teruja lagi. Masa tu dekat bilik ficts dalam CUBIC. Kecik je bilik tu. Bila dapat tahu labcoat saya tak ada pun dalam simpanan, lagilah membara. Berapi je hati ini. Rasa macam nak keluarkan api dari mulut. Serius. Susah sangat ke nak tukar nama dekat labcoat tu ha?


marah


Tahun 2 Semester 1
AJK FICTS dah tukar orang. Muka-muka baru. Junior dah masuk. Masa ni dah pindah kat kampus Durian Tunggal. Dah tak ada UTeM di Cubic lagi. Kemudian, tibalah masa untuk ambil labcoat lagi. Bersama junior-junior. Saya pun pergilah ke bilik FICTS. Tingkat tiga kot masa tu. Saya pun tanyalah pasal labcoat saya. Mereka pun cari labcoat saya. Mereka tidak jumpa. Saya tak puas hati. Tak ada! Hari tu salah eja nama, sekarang tak ada dalam simpanan langsung? *jerit* Kemudian ada sorang AJK tu mintak nombor telefon saya lagi. Saya pun bagi je lah. *dia tak pernah call* 
Jeles tengok junior dah pakai labcoat. T_T



Tahun 2 Semester 2
Bila ada notis ambil labcoat, perasaan membara terhadap mereka yang bertanggungjawab memang meluap-luap. Yelah, setiap kali saya pergi, mesti tak ada labcoat saya. Lepas tu mesti nak mintak nombor telefon, tapi tak pernah call. Lepas tu ada suatu hari saya dah penat tunggu, saya cakap "Boleh tak pulangkan duit saya? Lambat sangat tunggu labcoat ni" AJK jawab: "Tak boleh, duit bukan kami pegang, bla bla bla, AJK lama yang pegang bla bla bla." Semua benda nak blame AJK lama. Ada aku kesah? Saya cuma nak labcoat saya! Kalau tak nak bagi, pulangkan duit!

i want my money back!


Tahun 3 Semester 1
Dengar perkataan labcoat je sakit hati. Keluar apa-apa announcement pasal labcoat je sakit hati. Nak tunggu AJK FICTS carik labcoat saya yang pasti takde pun sakit hati. Kawan cakap pasal labcoat pun sakit hati. Tak suka dengar perkataan labcoat. Tapi pergi jugak bilik FICTS kalau ada suruh ambil labcoat. Yelah, duit kan, takkan nak biar terbang camtu je! RM60 tu! Junior punya murah je! Tak aci betul! Ah, masa ni junior pun dah dapat labcoat. T_T Labcoat saya? Masih tiada. Jawapan sama. AJK lain. Masih ambil nombor telefon juga. Tunggu lagi. 
Jeles tengok super junior eh. Bukan yang lagu Sorry, sorry tu. Junior baru dah pakai labcoat. Dah la labcoat design baru. Lawa! T_T


Tahun 3 Semester 2
Second batch labcoat untuk diambil. Kat pintu bilik ficts tu siap ada jualan murah labcoat lama. Siapa punya labcoat lah yang kena jual tu. Siapalah yang tak nak labcoat tu. Saya punya tunggu tak ada, diorang punya diorang tak nak? Aish..
Suatu hari, housemateku cakap ada sorang AJK FICTS call saya tapi tak dapat. Dia kata labcoat saya dah ada. Betulkah? Betulkah? Betulkah?

betulkah?


Dengan hati berbunga, saya pun pergi lagi bilik FICTS tu. Jumpa dengan AJK yang mintak nombor telefon saya haritu. Anda AJK paling bagus, sebab bertanggungjawab. Berjaya dapatkan labcoat saya. Tahniah! Dan saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Dia pun bagi labcoat saya!


Akhirnya dapat pakai labcoat!!! Dah tahun akhir, semester akhir baru dapat pakai. Dah kurang teruja dah. Tapi at least dapat pakai. Huhu. Nama pun eja betul dah.

Panas sebenarnya pakai labcoat ni. =_=


Terima kasih kerana membaca kisah sedih saya. Sekian.



No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?