Monday, March 07, 2011

Cerita hari Isnin

Kelas Entrepeneurship hari ni asyik gelak je. Biasanya kuliah dua jam ialah waktu yang amat kritikal untuk mata. (Sebenarnya kuliah empat jam straight kalau campur dengan kuliah dua jam sebelum tu) Tapi tadi Encik Othman buat lawak banyak pulak ahahaha. Lama jugak lah nak berhenti gelak. Segar balik biji mata yang dah layu. Ada aksi-aksi yang tak disangka-sangka encik tu buat pun ada. #terkejut

Perut pulak lapar over masa kelas tadi. Ros cakap nak pergi beli tiket lepas kelas. Maka terus terbayang KFC pulak ohhhhh.. dah lama tak makan KFC. Jadi lepas beli tiket untuk balik Jumaat ni, kami pun serbu KFC di Tesco.

Huish, dalam surau kat Melaka Central ada jumpa dua orang makcik yang perangai agak pelik. Ingatkan diorang dua orang tu kawan, rupanya tak. Bila salah seorang makcik tu dah keluar dari surau, makcik lagi sorang tu bangun dari tidurnya. dan dia pun berkata kepada kami:

"Dia tu gila. Bising je."

Aik. Sedap-sedap je cerita kat orang kata orang lain gila. Mana makcik tahu? Makcik tahu tak perangai makcik pun mencurigakan? keh keh keh. 








No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?