Tuesday, March 15, 2011

Seremban

Minggu lepas saya balik rumah manis rumah. Macam biasa, beli tiket ke Seremban. Kalau tak silap saya bas tu gerak lambat sikit. Tiket pukul 2.30, tapi gerak pukul 2.40 macam tu. Lambat gerak 10 minit! >__<

Anyway. Pakcik bas berhentikan di Terminal Satu *terima kasih pakcik!* Kemudian saya pun berjalanlah dengan langkah panjang dan laju sampai kaki sakit menuju ke Stesen KTM. macam 10 minit jugaklah berjalan. Serius penat. Dahlah beg berat.

Sampai-sampai je tengok ada perubahan kat situ. Kauter tiket dah ditutup dengan penghadang. Ada pembinaan/penambahbaikan rupanya. OK. Kaunter tutup. Nak pergi carik mesin tiket. aihh.. Mesin tiket pun termasuk dalam area penambahbaikan. Aik, mana nak beli tiket?

Oleh kerana ego tak nak tanya orang, saya pun pergi round2 la sekitar stesen tu. Kat belakang macam ramai orang. OK. Ada barisan panjang orang tengah beratur. Sah. Tiket jual kat situ.

Ni pulak cerita masa nak kembali ke Melaka. Mak dan Abah hantar saya di Terminal Dua. Macam biasa kami pun pergilah ke tempat menunggu kat belakang. Tengok-tengok takde orang. Pelik. Lagi pelik bila tengok lantai tempat bas berhenti dah berubah wajah. Under construction jugak kah? Kat mana pulak nak tunggu bas ni?

Ada notis kata tunggu kat pintu utama, mula-mula confused jugak nak carik mana pintu utama, lepas tu jumpa. Nasib baik kerusi yang disediakan masih dalam keadaan baik. Bolehlah duduk dulu sementara tunggu bas yang datang lambat lagi. Hishhh tak suka betullah bas yang datang lambat ni!

Kesimpulannya nak bagitau yang stesen KTM Seremban dan Terminal Dua dalam construction je. Hehe. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?