Maya Karin memang Cun
Basically (oh adakah saya sudah berjangkit dgn encik Suhaimi?) movie ni berkisar tentang Luna lakonan Maya Karin (eh bila gabung nama Luna dan Maya jadi Luna Maya erm whatever) yg kerjanya ialah pengacara program yg sama waktu formatnya dengan Melodi fuh Galaksi etc. Gaya hidupnya memang style bandar habis, seksi meksi belaka dan juga sibuk. Pada suatu hari dia tensi dgn kerja n tiba2 dia pulak kena gosip lepas tu dia pergi balik kampung kawannya Tom lakonan Faezah Elai yang agak kasar sikapnya tapi cool. Kat kampung Tom tulah Luna jumpa dengan Atan (Remy Ishak) dan cinta berputik.
OK. Sekarang pendapat saya tentang movie ini!
1. Saya sangat suka lakonan gedik over diva Ning Baizura dalam movie ni OK! Over yang sangat best untuk ditonton. Best gilerrr thumbs up! haha. seriuos suka. XD
2. OMG rambut Jehan Miskin macam Gu Jun Pyo oh tidaaaaaaaaaaak!!! Sangat tidak sesuai sungguh sedih melihatnya. Orang Korea je cantik buat rambut fesyen macam2 T.T
3. Banyak adegan Maya Karin jatuh dekat Remy macam over la pulak. Sikit2 jatuh. Sikit2 jatuh. Bukan nak kata i jeles ke apa (takde masa nak jeles) tapi mcm byk sangat adegan tu XD
4. Suasana kat kampung kat Kedah memang meriah camtu ea? hurm..
5. Maya Karin sesuai berlakon watak2 cerita klasik sahaja berdasarkan cara percakapannya. Spoil sikit la di situ. Cara percakapan bahasa Melayu Maya tak berapa kasual.
6. Saya suka semua watak gedik di sini LOL.
tak jumpa gambar yg rambut jun pyo..
ni adegan hisap jari maya yang luka..amboi suka la tu ea Atan!
Ning Baizura the diva in this. terbaik!
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?