Showing posts with label Movie Scoop. Show all posts
Showing posts with label Movie Scoop. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Battleship. Sangat. Best. Sangat.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, Battleship sangat best. Sangat. Sebenarnya saya tak tahu apa-apa pun tentang filem ni, hanya pernah nampak poster besarnya di papan iklan tepi jalan raya dan kenal Rihanna dalam gambarnya serta di Twitter bila kawan-kawan bertweet tentangnya. Tak terfikir pun nak menonton, tapi lepas kakak saya ajak pergi tengok, saya pun ikutlah. Dah dua minggu tak keluar rumah! Akhirnya dapat keluar! \O/

(cr Google)

Filem ni dibuat oleh orang yang filem Transformers. Kapal alien tu boleh bertukar macam Transformers! AWESOMENESS! Tapi lagi AWESOME! Dahlah besar, lepas tu boleh bertukar-tukar macam Transformers. Lepas tu alien dia, baju askar dia macam ada besi-besi memang COOL TRANSFORMERS betul. Lepas kapal alien tu ada fungsi special yang COOL tapi menakutkan kalau terjadi dalam dunia sebenar.


(cr: Google)

Watak utama dalam filem ni. Lelaki ni sangat kacak wehhh. Mula-mula watak dia sangat selekeh tapi lawak. Rambut panjang sangat tak sesuai la dengan encik. Rambut pendek lagi kacak la encik. Sila berambut pendek lagi lepas ni. Tak pasti kenapa poster tu dalam bahasa Itali. Lepas Google baru tahu dia ni siapa. Tak pernah kenal pun sebelum ni. Tak popular rupanya. Tapi muka macam kenal. Mungkin jumpa dalam mimpi. uwekk XD


(cr: Google)

Saya tak sangka Rihanna ada bakat berlakon! Agak berkesan la juga dia jadi askar. Rasanya dia sorang je askar perempuan dalam cerita ni. BEST! OK lepas ni nak tengok Rihanna jadi wanita lemah lembut pula. :P


Filem ni sangat menarik! Lawak ada, saspens ada, adegan tembak-tembak dia sangat awesome, jalan cerita sangat menarik. Best la! Rugi kalau tak tengok! Saya bagi markah 9/10. ^_________^ 




Saya pergi bersama Along dan Min. Sila cari mereka dalam gambar di atas. Masa sedang menonton, ada sorang budak perempuan tu gelak sangat kuat masa ada adegan lawak. Orang lain pun gelak juga tapi takdelah gelak kuat macam dia. Kadang-kadang ada yang tak lawak sangat pun tapi dia gelak lebih-lebih. Adoi. .____. Tiket wayang disponsor. Terima kasih kepada yang sponsor. =)




Saya sponsor makan tengah hari. Pizza Hut. Saya order spaghetti meatball bolognaise. Dah tiga hari teringin nak makan spagheti bolognaise sebenarnya. Hasrat tercapai. YEAH! \O/

Sekian entri Girls Day Out. Nantikan entri seterusnya tentang apa yang buat tangan saya sakit. =)

p/s: Alamanda Putrajaya tak ada jual poskadkah? 




Thursday, April 05, 2012

Monster House

Jadi saya telah terdetik untuk menonton sebuah filem di Fox Movies Premium pagi tadi. Sebuah animasi bertajuk Monster House. Bila tekan butang Info, katanya filem itu mengisahkan tiga sekawan yang mengembara ke sebuah rumah yang puaka. Rumah tu depan rumah DJ tu je. (DJ ialah watak utama). Best jugaklah filem ni! Melekat jugak saya duduk depan TV tak bergerak walaupun dah masuk waktu masak tengah hari.



Saya tak nak cerita pasal movie tu lebih-lebih. Nak higlight sikit je. Mula-mula masa menonton, ada watak seorang pakcik tua yang muka dia bengis memanjang. Pakcik tu tinggal kat rumah Monster House tulah. Kalau ada orang menapak je dekat kawasan rumah dia, bukan main marah dia. Ingatkan dia tu jahat. Rupa-rupanya..... don't judge a book by its cover. Ataupun.. tak kenal maka tak cinta. Sesuai tak peribahasa tu?

Pakcik tu sebenarnya sangat sayang kat isteri dia yang dah mati, isteri dia pun sayang sangat kat dia. Tapi sesuatu terjadi yang membuatkan isteri pakcik tu berubah jadi lain dan menyebabkan pakcik tu pun terpaksa mengambil langkah drastik dan meletakkan tanda BEWARE kat laman rumah dia.

Satu je nak komplen. Jiran-jiran area rumah mereka tu memang jenis yang tak ambil tahu pasal orang lain ke? Punyalah ada meletup-letup kat kawasan kejiranan situ, takde siapa pun yang berlari keluar rumah tengok apa terjadi. semua jenis tak kisahkah? Tsk tsk tsk.. ataupun penulis skrip/pengarah cerita ni tak ambil kisah pasal part tu. Meh. Mungkin saya fikir jauh sangat kot. Tapi.... meh.


Monday, January 16, 2012

Rocket

Semalam  saya ingat nak join kakak saya tonton Merlin kat TV3 jam 10 malam. Tapi sementara nak tunggu jam 10 tu, tak ada program menarik untuk ditonton untuk mengisi masa. Saya pun sambil tonton TV sambil facebook mobile :3. Kakak saya pun tukar-tukar siaran di TV dan tiba-tiba dia berhenti di channel B4U. Channel Bollywood. Homai. Bollywood? Serius? Saya dah 10 tahun tak tengok Bollywood -gelak kuat-kuat- XD

Sambil facebook, sambil jeling-jeling kat TV. Tak berminat pun nak tengok pada mulanya. Saya bukan jenis yang suka tengok cerita Bollywood. Sebab saya stereotaip cerita Bollywood mesti ada menyanyi, menari ramai-ramai, golek-golek atas padang dan polis-polis. Tapi cerita ni, tak menampakkan ada adegan menyanyi dan menari. Cerita ni lain dari cerita Bollywood yang lain. Saya berminat.

Saya rekomenkan untuk anda semua tengok: Rocket Singh: Salesman of The Year.



Kenapa? Sebab saya sangat jarang tengok cerita Hindi, dan bila saya tengok dengan penuh dedikasi, maknanya cerita ni BEST.


Cerita ni mengisahkan tentang Harpreet Singh Bedi, yang baru dapat kerja jadi salesman di sebuah syarikat. Sesuatu terjadi yang menyebabkan HSB diejek oleh rakan-rakan sekerjanya dan tugasnya dikurangkan oleh bosnya. HSB yang dari awal tidak bersetuju dengan cara syarikat tu menjalankan operasi (dengan cara menipu klien dan menawarkan harga mahal) mencari klien secara diam-diam dan menjalankan bisnesnya sendiri tanpa pengetahuan bos dan pekerja-pekerja lain dan bisnes rahsianya itu telah berjaya menandingi hasil dari syarikat tempat kerjanya. Nak review lebih lanjut, klik sini: http://lifestyle.iloveindia.com/lounge/rocket-singh-salesman-of-the-year-review-6565.html


Cerita ni mula jam 9 dan habis jam 11.30. Saya tak sangka saya tengok cerita Hindustan di larut malam ketika keluarga saya semua sudah tidur! T^T Oh dan kakak saya terpaksa masuk tidur dalam jam 10.30 kerana esoknya dia kerja dan kena bangun awal. 

Saya boleh relate cerita ni dengan diri saya sebab saya teringat masa saya jadi pelatih di sebuah organisasi dulu. Awkward and lost. Haha. Kan best kalau saya boleh buat macam HSB. Salesman. Berjaya. Banyak duit. haihhhhhhhhhh...

Sila tonton cerita ni kalau anda belum tonton ya! ^__^


p/s: Ingat nak buat pizza, tapi yis dah tamat tempoh, tahun 2010. Dah dua tahun saya tangguhkan nak buat pizza rupanya. ><



Thursday, April 07, 2011

Review Filem: Cun

Keinginan yang meluap2 dalam hati nak tengok cerita Merong Mahawangsa tapi alih2 bila pergi pawagam pergi tengok Cun pulak. Choice of movie depends on your partner at that time lah kan. Ros tak suka cerita2 macam Merong Mahawangsa tu so alternatifnya kami tengok Cun.

Maya Karin memang Cun

Basically (oh adakah saya sudah berjangkit dgn encik Suhaimi?) movie ni berkisar tentang Luna lakonan Maya Karin (eh bila gabung nama Luna dan Maya jadi Luna Maya erm whatever) yg kerjanya ialah pengacara program yg sama waktu formatnya dengan Melodi fuh Galaksi etc. Gaya hidupnya memang style bandar habis, seksi meksi belaka dan juga sibuk. Pada suatu hari dia tensi dgn kerja n tiba2 dia pulak kena gosip lepas tu dia pergi balik kampung kawannya Tom lakonan Faezah Elai yang agak kasar sikapnya tapi cool. Kat kampung Tom tulah Luna jumpa dengan Atan (Remy Ishak) dan cinta berputik.


OK. Sekarang pendapat saya tentang movie ini!

1. Saya sangat suka lakonan gedik over diva Ning Baizura dalam movie ni OK! Over yang sangat best untuk ditonton. Best gilerrr thumbs up! haha. seriuos suka. XD

2. OMG rambut Jehan Miskin macam Gu Jun Pyo oh tidaaaaaaaaaaak!!! Sangat tidak sesuai sungguh sedih melihatnya. Orang Korea je cantik buat rambut fesyen macam2 T.T

3. Banyak adegan Maya Karin jatuh dekat Remy macam over la pulak. Sikit2 jatuh. Sikit2 jatuh. Bukan nak kata i jeles ke apa (takde masa nak jeles) tapi mcm byk sangat adegan tu XD

4. Suasana kat kampung kat Kedah memang meriah camtu ea? hurm..

5. Maya Karin sesuai berlakon watak2 cerita klasik sahaja berdasarkan cara percakapannya. Spoil sikit la di situ. Cara percakapan bahasa Melayu Maya tak berapa kasual.

6. Saya suka semua watak gedik di sini LOL.

tak jumpa gambar yg rambut jun pyo..


ni adegan hisap jari maya yang luka..amboi suka la tu ea Atan!


Ning Baizura the diva in this. terbaik!

Wednesday, January 19, 2011

Review Filem: Khurafat


Ulasan Pendek tentang filem Khurafat.


1. Saya takut nak tengok muka hantu tu bila dia muncul secara mengejut maka saya selalu tutup muka saya dengan tangan atau dengan bekas popcorn.


2. Liyana Jasmay comel pakai tudung lilit-lilit.


3. Kenapa banyak sangat adegan peluk-peluk LJ dengan Syamsul Yusuf? Perlu ke? Suka la tu SY. haha.


4. Muka Nek Mariani (dia taraf nenek dengan saya kan?) memang mencurigakan walaupun dia macam takde kena mengena dalam jalan cerita.


5. SY berlakon takde perasaan.


6. SY bercakap dalam nada yang sama tak kira suka, duka, luka atau lara.


7. Takut tengok adegan SY dukung mayat. Serius tak masuk akal adegan tu tapi memang seram. Eii. tutup muka..tutup muka..


8. Cerita ni gelap sentiasa, takde lampu ke?


9. Rupa-rupanya pekerjaan SY dalam cerita ni ialah atendan? Dari segi keseriusan muka nampak macam kerja doktor, tapi doktor pun tak serius macam tu. 


10. Filem seram pertama tonton kat pawagam. Kira berbaloi lah jugak.

Monday, January 10, 2011

Keluar pada hari Sabtu

Gembira bila diajak keluar pada hari Sabtu minggu pertama semester baru yang banyak kelas dibatal. Jadi, bersama kawan outing saya >>>> Daia, kami telah mengisi masa lapang di Melaka Mall dan Jaya Jusco Mall.  Di Melaka Mall kami tonton wayang. Season of the Witch lakonan Nicolas Cage.  



Agak menarik filem ni. Pergilah tonton kalau tak tonton lagi. (ada satu part tu subtitle dia tak sync dengan dialog. Kacau mood betul. Terus kena tengok mulut pelakon dan dengar dengan tekun nak tau dia cakap apa. Dahlah mereka ni cakap tak jelas sangat. haihh XD )



Lepas habis tengok wayang, kami pergi makan di Jaya Jusco. JJ ni kat seberang jalan Melaka Mall tu je. Kena lalu jejantas.


Makan di Johhny's.



outing member>> Daia



Daia punya. Nasi dengan ayam blackpepper kot. Tengoklah saiz ayam dia. T_T



Air kat MBO tak habis tadi. Keh keh keh..



Ni kebab saya. Macam sate. Bukan kebab patut balut dalam roti ke?? T_T



view kebab roti-less



nasi ayam kepingan kecil



kebab kecik. T_T


Ana Rafali menang juara lagu! Tahniah! Comel suara dia bagi ucapan kemenangan. Saya dengar kat radio je. TV rosak. Dengar kat radio dapat tahu suara diorang sedap ke tak. Sebab tak perlu dibayangi persembahan hohoho. Suara semua orang nyanyi biasa je.Tak meremangkan bulu roma saya pun. XD

Wednesday, September 01, 2010

Step Up to Vampire Suck

Setibanya daku di rumah sewa dari kampus petang tadi, lepas baring-baring kejap, kerinduan terhadap FB pun dilepaskan. Maksudnya terus mengadap laptop. Tengok home page nampak ada beberapa kawan di-tag pada beberapa gambar. Bukan sebarangan gambar. Gambar sambut hari kemerdekaan woh. Tengok ada yang pakai uniform semua sama, pegang bendera, makan-makan...oops. Puasa mana ada makan. Nampak macam best je. Meriah.


Dulu Abah ada jugak bawak kami sekeluarga pergi tengok perarakan kemerdekaan kalau dibuat kat Putrajaya. Best. Dapat tengok "live". Biasa tengok kat TV je. Kalau ada yang berarak tu naik kuda, dapat tengok sepanjang perjalanan, kuda tu melepaskan tahinya di jalan. Tentulah ada yang tukang membersihnya. Dalam TV tak nampak tu kan? :b


Lepas tu kalau ada kereta berhias dan ada orang atas kereta tu nanti dia lambai-lambai kat kita. Kita pun lambai la dia balik. Teruja je. Yang bestnya pernah dapat bendera free jugak. Nanti masa nak nyanyi lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lagu-lagu patriotik lain boleh kibar-kibar. Nyanyi ramai-ramai memang best. Semangat patriotik lebih banyak
dari biasa.



Tahun ni cara sambutan merdeka lain sikit. Cuti digunakan sepenuhnya untuk relaks. Macam mana caranya? Wayangggg!! Serius dah lama tak tengok wayang. Sejak sem lepas lagi. Namun begitu, filem yang ditonton tak berkaitan dengan kemerdekaan pun. Layan~



Step Up 3 & Vampire Suck.


Step Up boleh tahan. Tarian-tarian yang ditarikan memang menarik dan hanya mereka yang pakar je boleh buat. Part ending memang meremangkan bulu romaku. Terbaik! Tapi kadang-kadang rasa jalan cerita macam selalu tergantung, bila dah nak habis baru faham.



Vampire Suck. Oh. Sungguh kelakar. Baru faham kenapa muka Edward Sullen terlampau putih, kenapa rambut dia sangat lawa, kenapa Jacob selalu tak pakai baju. Haha. Ya, ini parody kepada Twilight. Faham-fahamlah kan kalau parody. =)





Berbuka di food court. Sangat ramai orang.



Mi bandung untuk buka puasa.
Dan air ribena lemon.





rutin biasa: tunggu bas.



p/s: 2 hari lagi sehingga tiba hari nak pulang..ohhh~

p/s: siapa2 nak ajak saya tengok wayang...marilah..hehe

Wednesday, June 16, 2010

Can you laugh like this?



While going through my YouTube account yesterday, I found out I have a message. A message! I have never got a message on YouTube. I was very excited.

Someone replied to my comment on a video on YouTube. I clicked on the link of the video. The video is the one I posted above (owner of the video is manalshahwan).

I searched for my comment. I was surprised.
My comment has the highest thumbs up!!! Wow!


fixifiq is me =)
See, 21 thumbs up??
My comment is the highest rated comment on that video hehe.
I have never expected anyone to read my comment.
I have never expected anyone to "thumb up" on my comment.
I have never expected anyone to reply on my comment!!

So to those 21 people who gave me thumbs up, thank you very much!
You agreed with my comment, right?? hehe.
You really made my day.
I'm so happy my comment is read and noticed. =D



This movie is really good. If you haven't seen it, you should.