Friday, June 24, 2011

Bila sakit kita kena jumpa doktor

Akhirnya lepas lebih kurang 4 hari badan tak sihat, tidur tak puas, lesu sentiasa, akhirnya pagi tadi saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Klinik Pelajar UTeM yang terletak nun jauh di hujung sana yang lokasinya kalau sakit tenat, tiada transport jadi kena jalan kaki, jawabnya, mati dulu baru sampai. Oklah dah mati buat apa nak pergi klinik kan, over la pulak statement, um.. nazak baru sampai ok? :P Serius, klinik ni memang sangat jauh dari semua fakulti, paling dekat dengan bangunan apa pun tak tahu. Niat asal nak pergi hari Rabu tapi hari Rabu busy buat report PSM nak hantar pada penyelia jadi tak sempat. Hari Khamis tak pergi kampus. Ingatkan dah lama baiklah kan. Jumaat pun sama jugak kondisi badanku ini jadi terpaksalah pergi. Terima kasih kepada cik Ros sebab temankan saya. Mak saya dah cakap mintak kawan temankan. Siapa jelah yang ada kat sini nak teman, Ros je la yang ada. hihi.

Sesampainya kat klinik yang jauh tu, saya masih terpegun dengan kejauhan klinik tu. haha. Dah lama tak pergi klinik. Last time pergi dulu masa bila ye.. masa kena suspect H1N1 dulu kot. Tak best langsung tinggal kat situ masa kena suspect H1N1. Budak2 yang kena suspect situ, bukannya nak dengar cakap doktor. Orang suruh batuk tutup mulut, diorang mana tutup. Lepas tu malam2 bising macam tak sakit pulak saya tengok. Orang nak tidur pun susah. haihhh.. At least fikir-fikirla sikit pasal orang lain kan. Bukan awak sorang je duduk situ, orang lain ada jugak. Orang lain sakit lagi teruk dari awak, nak kena rehat, kepala sakit, kena tidur. Kalau awak bising-bising macam mana nak tidur? Adoi. *Emosi* Worse experience ever!

Saya je yang datang klinik masa tu jadi saya pesakit pertama kot? Doktor tanya sakit apa? saya pun cerita la masalah saya lalalallaalabadanpanaslalalabatuklalalamacamdemamlalalala. Doktor check suhu. Tengok2 tak demam pun. Suhu normal. haha! Peliknya. Semalam masih panas lagi. Dah elok la kot hari ni. Sebab doktor kata saya tak demam saya tak tahu saya nak cakap saya sakit apa. hahahaha #fail. So saya pun cakap la sakit2 badan (cerita betul) dan batuk etc etc. dan akhirnya..saya rasa doktor tu pun tunggu saya cakap pasal yang ni: saya cakap pasal ketumbit/tembel kat mata kiri saya. Last sekali baru saya cakap. haha. Doktor tu mesti dah perasan punya, dia mesti tengah tunggu saya cakap. -.-

Kawan2, ketumbit/tembel terjadi bukan sebab kita mengintai orang mandi atau mengintai orang pakai baju atau mengintai orang dalam toilet tahu! Ketumbit terjadi sebab pore bulu mata tersumbat ok! Sistem pertahanan dalam badan kita tak berjaya lawan virus maka jadilah ketumbit tu. Saya tak mengintai orang mandi tolong sikit! adakah sebab saya stalk Onew banyak sangat? LOL

Saya diberi agak banyak ubat lepas tu. LIMA ubat! Kembali semula rutin makan ubat huhuhuhu~

p/s: Nak jumpa Dr Lee. Dr Lee I miss you~

p/s/s: btw, saya pergi klinik tu naik bas UTeM. Saya tak gila nak jalan kaki jauh2.. no no no

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?