Sunday, June 19, 2011

Format laptop

Pada Khamis yang lalu saya pergi ke kampus nak print chapter 5 PSM. Bas pukul 9 pagi macam biasa. Balik pulak pukul 1130 pagi. Print mesti kejap je jadinya untuk membunuh masa saya pun bawakla laptop untuk menjadi peneman di kala bosan. Ingat nak online kat telefon bimbit je tapi sakit mata pula kalau tenung telefin bimbit lama-lama. Kecil. Tapi saya tak buka pun laptop. Banyak rupanya urusan yang dibuat dalam jangka masa tu maka tiada perasaan bosan pun. Balik baru buka laptop. Tengok Secret Garden sejam. Lepas tu tutup. Tidur.

Kemudian petang buka balik laptop. Sebab nak makan malam sambil tengok Secret Garden lagi. Dah empat kali restart, tak dapat masuk2 ke page login yang penjaganya Taemin (saya letak gambar Taemin kat login XD ). Musykil. Switch on, off banyak kali lepas tu dia masuk page hitam. Dia cakap your computer failed to start. Dia bagi dua pilihan: 1. Repair. 2. Start normally.

Mula-mula saya pilih start normally. Masih tidak muncul muka Taemin. Pilih Repair pulak, dia kata failed to repair. Masa tu sudah mula gelabah. Esoknya (Jumaat) saya nak kena demo sistem PSM saya pada penyelia! T_________________T Kalau laptop tak boleh buka macam mana nak present? ><

Saya merasa kecil hati dengan laptop saya. Dia suka buat perangai pada masa-masa yang kritikal sebegitu. Lepas tak dapat buka, saya pun merajuk dengan laptop dan duduk dalam bilik, atas katil bergelap sambil dengar lagu SHINee. Lampu bilik tu memang dah rosak, tak dapat buka. Bukan sengaja nak bergelap. =P Lepas solat maghrib, saya cuba restart laptop balik dengan harapan tipis. 

keluar tiga option: 1. start with networking mode
2. start with safe mode
3. start normally

lebih kurang macam tula. ni options biasa yang saya jumpa. saya pilih nombor 3. Dan gambar Taemin keluar suruh saya login, lepas tu gambar Onew keluar, menandakan saya dah sampai desktop. Dah berjaya! :')

Saya ingat perangai lappy ni yang dah baik berlanjutan sampai esok masa nak present, rupanya tak. Setengah jam sebelum present, saya nak prepare, bukak laptop. Perkara sama terjadi! Gah! restart berapa kali entah baru boleh masuk. Serius rasa macam nak nangis di situ! uwaaaaaaaaaaa lappy!! Kenapa kau degil ni?
T_________________T

Nasib baik boleh bukak dan dah selamat demo kat sv. uhuhu.. lepas berfikir2 panjang, akhirnya saya buat keputusan untuk format laptop ni. Saya taknak perkara ni terjadi lagi masa saya nak present final nanti. Ingat nak format dekat kampus tapi karang lambat pulak. format dulu lepas tu install microsoft office etc2 kat kampus. 

Ye. Saya dah format laptop saya. Sendiri. Terdesak okay. Lagipun bila lagi nak format laptop sendiri. Kata budak sains komputer. huhu. 


Ini background sementara awal2 masa lepas format. Perasan tak ada sesuatu yang tak ada kat situ?


Saya dah tak ada dock!! Yang bar yang atas tu! Yang ada ikon2 tu! uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Dock! Kembalilah anda kepadaku! Dah tiga tahun awak ada dengan saya..bila awak tak ada, rasa sungguh lain!
T_____________________T
Saya tak tahu mana nak cari awak.
Saya rindu awak.
huhuhuhuhu...
=(


Dahlah antivirus pun uninstall jugak. Terus takde antivirus. Hilang RM60ku! Kaspersky original. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?