Saturday, July 23, 2011

Elaun praktikal

Salam. Jumaat haritu department aku praktikal buat mesyuarat. Ini bukanlah mesyuarat pertama yang pernah aku hadiri. Sebelum ini aku pernah menghadiri mesyuarat Annual Grand Meeting Silat Cekak Hanafi UTeM, mesyuarat Pesta Konvo UTeM, etc etc. Aku ingat ramai la kot yang ada kat mesyuarat tu. Rupanya staf bahagian network ada empat orang je hahahaha. ehem. anyway, Ada perkara yang disebut oleh encik mentor/supervisor yang membuatkan hati aku berbunga-bunga sedikit. Aku akan dapat elaun selama berpraktikal di sini!! Itu je yang menarik. hohoho..hal kerja.. ehem.. 


I'll be getting some money money money! 


Taklah mewah pun, but at least dapat kan!





Akhirnya... adalah sikit pendorong nak berpraktikal. =')


btw..kat situ kena pakai baju kurung je. Aku selamba je pakai baju seluar, t-shirt, blouse, since my dad cakap..aku budak praktikal, so baju pun tak kisah la kot. Masa meeting tiba2 sv bagi aku buku etika berpakaian. Wahahahaha..memang terbaiklah. Aku rasa mesti semua orang kat situ pelik tengok tiba2 ada budak yang rock pergi datang situ pakai baju seluar. Well...Aku budak Universiti Teknikal. Baju bebas je nak pakai apa. T-shirt ke blouse ke, seluar ke semua boleh (yang bersesuaian la). Aku ingat nak pakai lab coat masa praktikal, nampaknya macam tak jadi lah. Or aku pakai baju kurung tapi pakai lab coat kat luar. hahahha.. 

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?