Friday, July 22, 2011

Suasana pejabat

Dalam pejabat aku semua staf lelaki. Lumrah dunia rangkaian. Kelas aku Computer Network pun macam tu. Pelajar perempuan berapa kerat je. Bandingkan dengan kelas database ke..software ke...nampak la perbezaannya. Dulu kat universiti aku boleh adapt lagi sebab ada kawan. Ni kat tempat kerja rasa awkward gila. Nak2 semua macam tak friendly. Aku bercakap dengan supervisor aku je. Dan seorang staf perempuan kat ofis depan. Aku cakap la dengan Puan tu, kalau aku boring nanti aku datang kacau ye. Dia cakap.. saya banyak kerja. OK. Fine. Tak nak aku kacau la tu. *foreveralone*

Lagi sorang staf pulak cakap.. saya ni memang tak friendly. Pergh. Camne la kau hidup ye. Terkesima aku dengar. Maksudnya apa? Memang datang sini 8-5 dok mengadap komputer je ke? Takde nak bersosial dengan rakan sekerja? Dah la bilik ni takde tingkap tengok pemandangan luar. Dapat tengok ofis sebelah je. Orang lalu lalang kat luar dapat dengar bunyi je.

Aku tanya la staf perempuan situ..kat sini memang sunyi sepi je ke? Dia kata memang macam ni. Aku cakap la aku boring sorang2 takde sape nak berbual kan kat dalam ofis akuarium aku tu. Dia kata... best apa sorang2, sunyi sepi. Aku terkesima lagi. Aaaaa kenapa dengan tempat ni?????? ni bukan library kena silent je!

I'm FOREVER ALONE.

Budak2 praktikal bulan 9.. cepatlah datanggggggggggg.... pleaseeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?