Friday, July 29, 2011

Evolusi waktu tidur

Masa sekolah dulu kalau tak silap aku, pukul 10 malam Mak dan Abah dah suruh tidur. Nak bangun esok paginya kan pukul 6. Nak pergi sekolah pukul 7. Kalau tak silap aku, dulu-dulu aku pergi sekolah pukul 7 pagi. Sekolah sangatlah sejengkal jaraknya dengan rumah. Merangkak dah sampai. Ep. Jalan kaki 10 minit 15 minit macam tu dah sampai. Rajinkan aku pergi sekolah awal walaupun rumah dekat je dengan sekolah? Aku kan pelajar contoh. Tu awal-awal je tu, masa masih pakai tudung senget benget, kain sekolah senteng sebelah. Haha. Dah masuk sekolah menengah, aku pergi sekolah lambat sikit. 7.20 kot baru gerak. Sekolah menengah lagi dekat dengan rumah aku. kurang 10 minit sampai. kurang lima minit la. Aku sedikit kejam kot masa tu. Adek aku sekolah rendah lagi, aku kena pergi sekolah dengan dia, nak kena teman, yelah budak kecik lagi. Aku gerak dari rumah pukul 7.25 pun okey lagi, tak kena  tahan dengan pengawas. Adik aku, yang jarak perjalanan 10/15 minit tu? hahahaha. Kesian dia. Gate dah nak kena tutup baru nak gerak pegi sekolah sebab aku. Aku tak ingat lepas tu aku insaf pergi lambat ke tak. haha.

Masa sekolah menengah aku dah tak ikut peraturan sangat dah. Rebel la kata. Masa tu aku gila Formula One. Masa form 4. Kalau ada race pukul 2, aku bangun pukul 2. Kalau ada race pukul 12, aku bangun pukul 12. Nak sokong Kimi Raikkonen punya pasal. Kata peminat setia. Aku tak sayang tidur betul masa tu. Rasa menyesal pun ada bila fikir balik sebab mensia2kan peluang untuk tidur lebih. Tapi esoknya kat sekolah aku tidurlah kalau cikgu tak ada. ngeh ngeh ngeh. Mata siap tak boleh nak bukak bagai sebab tak cukup tidur. Kimi, tengok betapa saya sanggup berkorban tidur untuk anda! Last2 pergi masuk Nascar pulak. Huh.

Masa matrik pula.. waktu tidur aku cuba untuk fixed kan. Pukul 11 tidur. Arahan Abah juga tu. Assignment tak siap pun aku tidur pukul 11. Tapi kalau ada yang due datenya esok aku sengkang mata la jugak siapkan. Tapi kalau tak silapnya aku tak pernah tidur lewat sangat masa matrik. aku antara orang terawal tidur dalam bilik tu. haha. Siap marah room mate lagi sebab tak tutup lampu. Aku sungguh evil di waktu matrik. Maaf kawan2.

Masa universiti, masa tidur aku paling terabur. Ada waktu sengkang je aku tidur. Tak kira pagi petang, siang atau malam. Especially masa tengah waktu2 kritikal. Ada satu hari tu nak kena hantar projek esoknya tapi tak siap lagi. Gila kitorang stay up sampai pagi nak buat. Mata ku dah macam zombie. Kepala aku dah goyang2 macam baru lepas kena ketuk. Badan menggigil-gigil. Biasa aku akan tidur pukul 11 kalau dah siap semua kerja. Tapi kedang2 aku stay up sampai tengah malam jugak. Online punya pasal. Bahaya tau naik syeikh online malam2. Nanti terlupa nak tidur. Padahal mata dah berkabus-kabus menandakan sign suruh tidur. Biasanya aku faham petanda aku nak kena tidur. Lagipun aku suka tidur awal. Tidur lebih penting. Online bila-bila boleh.

aku pernah satu hari tu tak cukup tidur sebab apa tak ingat, lepas tu petang tu masa nak tunggu bas balik rumah sewa dari kampus, aku muntah-muntah. Tak pernah aku macam tu. Teruk jugaklah aku muntah-muntah situ. Orang tengok aku tak kisah. Dah tekak aku mual, nak buat macam mana lagi kan. Aku fikir2 balik, mungkin ni sebab aku tak cukup tidur malam sebelumnya. Memang aku tak cukup tidur pun. Aku tak boleh tidur. Tak sangka pulak effectnya sampai sebegini. Mulai saat itu, aku tak nak kasi diri aku tak cukup tidur lagi.


Masa cuti. Masa duduk rumah ialah masa bergembira. Haha. Cerita best banyak malam2. Aku sanggup gadaikan waktu tidur untuk tengok program2 kat HBO ke kat Cinemax ke SMV ke KBS ke OneHD ke. Time ni la nak tengok TV kan! bagus betul. masa study sibuk tak cukup tidur, balik rumah pergi tidur lambat. *gelengkepala


Masa praktikal. Waktu ini aku amat menghargai waktu tidurku. Penat woh praktikal. Masuk office pukul 8 (bertolak dari rumah pukul 7) balik pukul 5. Duduk mengadap laptop je dari awal sampai habis. Penat tak penat mata? Segala drama-drama korea yang aku ikuti sebelum mula praktikal terpaksa aku abaikan sebab nak tidur pukul 9/9.30. Wuaaa dah lama tak tengok City Hunter, Lie To Me. Minho sshi!!! Not Choi Minho but Lee Minho. aku ni sekarang kalau dengar Minho aku akan automatik ingat

Choi Minho -SHINee
bebudak bawah umur sila tutup mata. haha =P

Minho yang ni sejak BOF habis aku selalu lupa nama dia pun Minho


Lee Minho
omo.. ada air mata bergenangan. ='(


Hargailah waktu tidur anda.
Sekian.

p/s: City Hunter dah habis? uwaaaaaaaaaaa lagilah rasa ketinggalan zaman. sobs



No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?