hi you
Aku sebenarnya tak berapa nak selesa duduk dalam akuarium tu. Sebab apa? Sebab dia kecik, dan ada dua orang je duduk dalam tu, aku dan seorang lagi staf lelaki. Kalau staf dalam ofis Bos tak keluar dan lampu ofis Bos terpasang aku masih boleh toleransi lagi. Ni lampu sebelah tutup. Akuarium tu dahlah pintu dia selalu kena bertutup. Kalau nak bukak selalu pun nak kena sendal baru boleh terbuka lama-lama. Tingkap tak ada kecuali cermin yang boleh nampak ofis bos. Apa-apa terjadi dalam akuarium tu takde orang tau selain orang dalam akuarium tu. Tak ke ngeri bunyinya? Kadang-kadang atau selalu aku terfikir, kenapa Bos besar letak aku dalam bilik tu? Aku ni perempuan. Kalau ditinggal aku sorang-sorang dalam bilik kecik tu dengan lelaki mau tak takut? Walaupun aku ada seni kemahiran silat cekak hanafi peringkat tamat dalam diri aku, tapi aku tak mahulah berdua je kan dalam office kecik tu dengan seorang sahaja lelaki! Tidak mahu! Kalau dia Onew atau Taemin atau Minho atau Jjong atau Key bolehlah. Itu memang aku mahu. Berdua lebih baik. hahahaha. Gatal sungguh.
sorry
Jadi harini aku pergi merayau di koridor tengok office mana yang sesuai untuk aku berpraktikal harini. Aku jalan, jalan, jalan, jalan sampai hujung lepas tu jumpa seorang staf wanita. Muka mcam familiar tapi aku, biasalah, cepat lupa muka orang. Dia yang tegur aku dulu. Bagus. Senang nak cerita kisah sedih aku. Aku cerita cerita cerita lepas tu aku mintak izin nak duduk dalam ofis dia hehe. Dia bagi dengan hati terbuka yay! Lega aku. Akhirnya aku lepas dari cengkaman akuarium.
Tapi aku tau, gembira aku sekejap je. Minggu depan kena duduk akuarium balik. Wuuu... kenapa staf dalam tempat aku praktikal tu tak se-friendly staf bahagian lain? Kenapa??????
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?