Thursday, July 14, 2011

Tomyam ayam. Percubaan pertama.

Hari ni malas gila nak buat apa-apa. Nak buat panggilan reject malas. Nak bangun dari tilam malas. Nak driving malas. Nak masak malas. Nak bukak laptop pun malas. Ni bukak sebab nak tengok internet besar sikit, penat tengok kat henpon lama2. Semuanya malas, apa nak jadi? (Sila jangan tiru aksi ini.)

Malas tiada ubatnya. Perut dah lapar. Perut sendiri lapar, boleh cincai2 je masak apa2 untuk makan. Ni aku nak kena masak untuk adek aku sekali. Alang-alang masak, masak untuk malam sekali untuk satu family makan. Kalau ada lebih, boleh makan untuk tengah hari esok pulak. hahahaha! Bagus tak? Aku dari semalam teringin makan tomyam. Siap bau-bau lagi. Dari mana entah datang bau, entah. Yang pasti aku nak makan tomyam! Siapa lagi nak masak kan, kalau bukan aku. Mak aku kerja petang baru balik huhu. So aku kenalah masak sendiri.

Tapikan, masa nak masak ni, aku perasan macam banyak pulak ramuan yang tak ada. Atau aku tak pandai cari dalam peti ais. Ramuan penting tomyam. Pes tomyam aku tak jumpa. Daun limau purut pun aku tak jumpa. bwahaha.. habis tu ni bukan sup tomyam la? Sup ayam biasa je? -_-

Takpelah tak cukup ramuan pun kan. Janji ada rupa sup boleh la makan. Kalau ada rasa tomyam tiba-tiba tu kira bertuahlah haha! Lapar betul. Perut dah bunyi-bunyi. Ni aku tunjuk hasil air tanganku. hehe.


 Jom makan!

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?