Semalam masa terawih saya dapat solat bawah kipas. Betapa gembiranya perasaan itu dapat solat di posisi itu. Siapa-siapa yang pergi solat kat masjid yang saya pergi tu mesti faham perasaan saya. Yang perempuan je lah. Yang lelaki saya tak tahu. Setakat ni saya tak pernah pulak dengar Abah dan Adik komplen. Eh pelik pulak panggil adik lelaki aku "Adik". haha. :p Bau cat sangatlah kuat. Dah lama tak bau cat kuat macam tu. Sekarang kan ada cat yang odourless. Masih ada lagi orang yang pakai cat berbau? Cat murahankah? *lagu saspens* Bau cat yang kuat juga membawa kepada penaikan suhu. Tak taulah korang rasa sama dengan saya ke tak, tapi bila bau cat je, saya rasa panas.
Lepas habis solat, masuk kereta, balik rumah. Abah pasang radio. Masa tu DJ dia tengah bercakap. Cakap pasal keistimewaan bulan Ramadhan, bulan bonus bagi orang Islam, blablablablabla.. dedikasi blablablabla... ok lagi sebab rasa macam dia bagi nasihat. Dan tiba-tiba saya terperasan, DJ ni tak berhenti-henti bercakap lepas rasa macam dah waktunya dia berhenti bercakap. Dua tiga perenggan cakap cukuplah, boleh sambung lepas main lagu SHINee. Ni, dengan suara dia yang mendatar, tiada nada, macam Kimi Raikkonen bercakap. Tak tahu macam mana Kimi bercakap? Monotone. Pergilah youtuba kalau ada. Dekat 1 jam jugaklah dia bercakap. OK tipu. Dalam 5 minit. Pergh. Dahlah cakap monotone. Cakap tanpa henti. Suara garau menggaru telinga mendengar. Tak ke menjengkelkan? Orang bukak radio bukan nak dengar DJ membebel 5 minit! 5 minit tu dah boleh habis satu lagu Ring Ding Dong dah!
Saya betul-betul tak suka dengar radio yang DJ bercakap lagi banyak dari mainkan lagu.
gambar hiasan
Saya juga tak suka DJ yang suaranya tak sesuai untuk jadi DJ. Sorrylah. Ikut pemikiran sayalah, DJ patutnya ada suara yang sedap didengar, suara lunak, bahasa sedap tapi tak pandai nyanyi sebab tu jadi DJ je. Oops. Haha. Ada tak DJ yang jadi penyanyi? Penyanyi jadi DJ saya tau la. Yang saya suka Dina. Suara dia memang sedap masa nyanyi. Jadi DJ pun sedap je dengar. SHINee pun kadang-kadang jadi DJ. ^.^ Ada pernah satu hari tu, DJ radio tu sakit tekak. Faham-fahamlah kan macam mana suara orang sakit tekak. Macam tak ada suara. Bukan nak mintak orang lain gantikan dia. Diharungnya jugak jadi DJ haritu. Pergh sakit telinga dengar suara dia. Ingat rock la? Tak cool langsung. Serius tak faham kenapa pihak pengurusan radio tu tak mintak orang lain ganti dia. Sekarang semua orang boleh jadi DJ. dah tak kisah pasal suara sedap lagi. sobs.
Saya tak suka DJ yang panggil dirinya sendiri dengan nama sendiri. Oh my. Ini sangatlah tidak dapat ditahan. Bajet manja dengan pendengar ke? Tak nak! Gunalah kata ganti diri. Dah ada dah. Contohnya: "Saya." Senang kot. Ni sibuk nak
"Lepas ni Jimi nak putarkan lagu permintaan anda. Sila call Jimi sekarang."
geli.
Perempuan buat boleh tahan lagi, ni lelaki sekali. Adoi. Tidak. tak boleh tahan dua-dua.
Saya tak suka DJ yang suka ulang-ulang certain perkataan dalam percakapannya. Sebagai contoh:
"Guys, did you know? Last friday I met Justin Bieber! He was like so awesome like super like cool! You know, I got the chance to shake his hand like you know, the justin bieber's hand! you know! i never thought i'll get that chance because you know, he was surrounded by so many people wanting to.. you know..touch him.. but i actually made it! I was so happy you know! you know you know you know
All i can hear is the annoying LIKE and YOU KNOW. I don't know. that's my answer. YOU ANNOY ME, YOU KNOW?
Saya tak tahu nape saya pilih Justin Bieber untuk contoh. haha.
Selain tu, saya juga tak suka DJ yang cakap sangat meriah dalam konti. Sekarang kan trend ramai2 dalam satu masa. Tiga DJ satu slot. Mana tak meriah. Semua berebut nak cakap. Pergh. Rasa nak tukar radio lain.
So itu je kot. Kepada DJ-DJ yang baca ni, please take note. Ada ke DJ yang baca blog ni? haha. I'm not trying to bring you down but i'm actually helping you. Kalau Dj cakap sedap telinga mendengar, nanti mesti peminat tak berganjak dari radio kan. Rating mesti mencanak punyalah.
p/s: Supervisor UTeM datang tadi. Sangat sporting. Suka! ^.^
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?