Surau Al Buhairah/Burairah (lupa la pulak nama dia) tu terletak belakang rumah saya. Bukan betul-betul belakang rumah. 100 tapak jugak kot nak sampai. Nak jalan kaki boleh, tapi nanti sampai surau dah peluh-peluh pulak. Tak selesa nanti nak solat. Jadi kami pergi naik kereta. 5 minit dah sampai. Ingatkan penuh surau, tapi nasib baik ada ruang kat belakang. Kat luar sebenarnya. Dalam dah penuh. Saya dan Mak pun ambil port. First impression saya, solat kat sini mesti lebih selesa. Sebab saya masih rasa nyaman. Tiada unsur panas mendekati diri lagi. Yay! Lagipun, port kami kat luar. Dapat angin semulajadi. Lagi best.
Tempat kami solat tu kipas dia rosak (agaknya). Sebab dia je yang tak berpusing. Kipas lain semua berpusing dengan ligatnya. Mula-mula resah jugak, takut panas, tapi sebab ada angin malam yang sepoi-sepoi bahasa, jadi saya tak kisah sangat. Saya dah rasa selesa dah. Keadaan ini lebih baik dari keadaan sebelum ini. Saya suka. wee~
Lepas solat Isyak (atau lepas rakaat kedua terawih), tiba-tiba ada pakcik masuk kawasan solat kami sambil memegang kipas jenis berdiri dan meletakkan kipas tu di penjuru kiri tempat kami solat. Saya terkejut dan kagum. Pakcik tu pasang plug kipas tu dan bukak kipas tu nombor 3 (paling kuat). waaaa.. Pakcik, kalau pakcik tak pasang kipas tu pun takpe. Kami OK! =')
Beberapa minit kemudian, pakcik tu datang lagi dengan pakcik lain. Bawak kipas lagi. Kali ni letak sebelah kanan pulak. Dia cucuk plug dan on kipas, tapi kipas tu tak bergerak. Plug rosak. OK. Tak dapat pasang kipas kat situ lah nampaknya, saya fikir dalam hati. Pakcik tu pun berlalu dari situ. Tiba-tiba ada orang hulur extension dari pemisah ruang. Waaaaa... pakcik tu masih nak pasang kipas kat situ, dan siap cari extension supaya kipas dapat pasang. Terbaik lah pakcik!! =")
Cerita tak habis di situ. Pemisah ruang jemaah lelaki dengan perempuan kat luar ialah whiteboad yang beroda (kalau tak silap). Dari belakang whiteboard tu, tiba-tiba muncul tangan seorang pakcik pegang sejadah. Ingatkan nak buat apa. Rupanya dia letak sejadah tu di kaki whiteboard tu elok-elok supaya menutupi seluruh kaki whitboard tu. Maybe supaya orang tak cedera kalau terhantuk/terpijak. Awww :') Setiap kaki whiteboard tu diletakkan sejadah begitu. uwaaaaaaaaaa.. terharunya saya tengok!!!!
Kebajikan jemaah sangat dijaga di surau ni. Saya rasa sangat dihargai. Kerana diriku begitu berharga. Tiba-tiba. :P
Satu je lah yang tak best. Part budak-budak main dalam surau. Main senyap-senyap tak apa, tapi macam mustahil la pulak nak main tak de bunyi. Kalau saya main pun mesti nak ada sound effect sekali. Tapi itu bukan pointnya sekarang. Pointnya sekarang ialah, budak-budak tu buat suasana surau macam pasar dah. Adoilah. Geram betul ok. Rasa macam nak naik angin je kat situ. Tapi nasib baik surau tu sejuk je. Tak adalah hati membara sangat. haha.
Btw, semalam dah tengok full version Juliette Jepun MV yg xofficial punya. Onew buat saya cair. Terima kasih. Hehe.
*cair*
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?