Thursday, October 06, 2011

Sesuatu yang menarik semasa tiada kerja?

Dah lama tak mengemaskini blog, minta maaf. Ingatkan nak update malam semalam tapi komputer riba ni tak boleh disambungkan ke internet, tak tahu kenapa. Nak switch off-switch on suis modem, malas sebab semalam terdampar atas katil kepenatan lepas kerja lebih masa. KERJA LEBIH MASA TAK BEST. Perut asyik bunyi2 bila waktu makan malam tiba (biasa makan malam dalam jam 6.00-6.30 p.m.). Dewan kuliah tempat nak menaiktaraf rangkaian tu punyalah sejuk macam duduk dalam peti ais. Tahniah sebab tak bawa baju sejuk, menggigillah saya sambil tweet2 kebosanan menunggu waktu balik sobs. Kerja saya siap paling awal tapi sebab staf yang saya tumpang kereta tu tak siap lagi kerja dia, jadi saya kena tunggu dia siap baru boleh balik. Sekarang baru menyesal tak berlatih bawa kereta, tahniah. Jam 7.45p.m. baru sampai rumah. Lepas solat, saya terus menuju ke dapur dan membaham segala makanan yang ada. Rasa diri sungguh sadis.


Sebelum mula kerja overtime tu, saya takde kerja dalam office. Biasalah kan, budak praktikal. Kerja semalam mula pukul 5, sebab nak menaiktaraf rangkaian kena buat masa takde orang. Awal-awal pagi, ada staf office sebelah, encik A, bagi kerja kat saya. Kerja simple je. Lepas dia bagi kerja, tiba-tiba dia menawarkan sesuatu yang sudah lama saya tunggu. Dia nak share folder movie kat saya! Homaii! Akhirnya! Kenapa saya kata "akhirnya"? Sebab saya dah tahu pasal folder movie tu awal2 lagi. Akak setiausaha offfice sebelah lagi satu bagi tahu. Macam mana share folder? Connect cable UTP, tekan \\ip address pc yg nak share folder tu dan wala, akan nampak la folder yang dishare oleh PC tu.   Saya rasa diterima tiba2. gagagagaga. Nak mintak segan, takkanlah masa boring2, datang office encik A, tiba-tiba tanya, "Encik, nak ip address PC encik, nak tengok movie." Gila. Kau tu budak praktikal. Kena beradab sopan.

Encik A kesian kot tengok saya bosan takde buat apa2, so dia pun sharelah sumber entertainment dia (dan satu department IT tu). terima kasih encik!! Ada satu notepad kat situ, untuk list REQUEST. Staf lain siap buat request nak cerita apa! hamaigadddddddd!!! T.T


Bila bukak folder tu, walaweiiii BANYAK SANGAT cerita!!!! movie, drama, kartun, melayu, cina, korea, jepun, anime cakap je. Semua ada! Nak tengok, boleh, tapi kalau bos ada, kena tutup la kekekekeke. Setakat ni saya baru tengok Spongebob Squarepants (ye, ada juga hahahha!), One Piece (anime fav SHINee), dan Heartstrings (k-drama).  Tiba-tiba suka duduk dalam office nyahaha! 


p/s: cerita2 lain yang ada antaranya: geng surau, geng mengaji, maharaja lawak, ultraman LOL!

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?