Rancangan TV yang menarik minat untuk ditonton:
1. Big Time Rush. Sabtu-Ahad 9.30p.m. Nickelodeon.
Terima kasih kepada lagu Boyfriend mereka yang awesome, saya discover rancangan ini. I prefer a reality show like SHINee's Hello Baby yang tunjuk their real life..tapi ini mereka berlakon ikut skrip. Jadi saya tak tahu perangai sebenar mereka. Tak tahulah kalau diorang berlakon jadi diri sendiri atau apa..tapi takpelah..realiti ke tak realiti, nak tengok rancangan ni setiap minggu! James agak kacak..rambut dia cantik..tapi saya lagi suka Onew masa dia rambut panjang nyehehe.sorry James.. takpe... kita masih ada banyak masa untuk berkenalan. Suara dia pun agak sedap tapi suara Onew lagi sedap hehehehe.. well... saya dah cuba dengar live version performance BTR.. dan saya agak kecewa sebab diorang tak nyanyi macam dalam Single radio. T__T Dan saya rasa mereka perlu individuality masa nyanyi..sebab suara lebih kurang je saya dengar. BTR.. fighting!
2. Protect the Boss. Isnin-Selasa 9.10p.m. OneHD
Iklan dia best. Lagu OST dia pun best. Saya bukan peminat JaeJoong tapi saya rasa cerita ni macam best sebab iklan dia best. OK? Tapi saya tidur dalam pukul 10.. cerita ni habis pukul 1020..lambat T__T tapi nak tengok. macam mana?
3. Warrior Baek Dong Soo (tak ingat bila Rabu-Khamis kot) 9.10p.m. OneHD
Dah pernah tengok satu episod, BEST! Saya suka cerita yang epik2 macam ni..ada lawan2..rambut panjang..baju tradisional etc. +cute guys hehehe
4. The Cave of Golden Roses. Ahad. 10.00p.m. TV9
Cerita paling best pernah tengok! Masa tadika kot tengok cerita ni! Memang olskool! Tapi kenapa hari Ahad? Kenapa pukul 10? Kenapa tak Sabtu? wuuuuuuuuu. Fantaghiro sangat cool!
5. House of Anubis. Nickelodeon
Tak pernah tengok lagi cerita ni tapi iklan dia macam best. macam misteri2 cerita dia
6. Running Man 6.25pm. OneHD. Tak ingat hari
Memang rancangan kegemaran. Nak gelak golek2 masa nilah. Tapi jarang dapat tengok sebab tak dapat remote control.
Banyak rancangan nak ditengok, tapi tak ada masa atau badan perlu rehat. sobsssssssssss
nota kaki: Tahniah kepada adik saya Adam yang baru konvo semalam =D
nota kaki: Tahniah kepada adik saya Adam yang baru konvo semalam =D
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?