Sunday, December 18, 2011

Terlepas Tom Cruise tapi saya OK

Kali kedua menjejak kaki ke bumi Subang ialah pada Sabtu lalu. Semalam. Tapi kali ni kami ke Subang Parade. Saya lebih suka pergi ke Subang Parade kerana hanya perlu naik tren dan tak perlu nak tukar2 kenderaan lain seperti bas yang melecehkan.

Route to Subang Parade:

Dari Stesen Komuter Bangi > KL Sentral > Subang Jaya.

Tiket terus beli yang ke stesen Subang Jaya. Tiket "pergi balik" terus. Mudah, cepat dan berkesan.

Plannya ialah sampai kat stesen komuter masing-masing (saya dan Nyssa) pada jam 8.30 pagi. Tapi Nyssa kata dia akan lambat sikit maka saya naik dulu tren yang lalu. Saya agak bernasib baik sebab tak payah tunggu lama untuk tren sampai. Dan tak berapa ramai orang sangat dalam tren masa tu. Dan dapat duduk bila orang yang duduk depan saya berdiri keluar kat satu stesen. Yeay! ^___^ Masa balik pun dapat duduk. Yeay!

Dah sampai sentral, saya pun tunggu Nyssa. Henpon yang diguna sebagai MP3 lupa nak cas pada malam sebelumnya. Akibatnya, lagu Always Love dan Seesaw (SHINee) dapat dengar dalam 10 kali je. D: Sebenarnya nak pergi tandas juga sementara tunggu Nyssa tu sebab tiba-tiba macam sakit perut tapi tak jumpa tandas. meh.


Perjalanan ke Stesen Subang takdelah lama sangat rasanya. Mungkin sebab jarak antara satu stesen ke stesen lain agak rapat. \(^_^)/

Kali ni kami yang pertama sampai di destinasi! Yahoo! Sementara tunggu Steph dan Lin, kami pusing2 dalam Subang Parade tu. Tak besar sangat saiznya, bak kata Lin, Sunway Pyramid 7 kali ganda lebih besar. Setuju. Sementara tengah mesej-mesej Steph sambil bersidai kat tempat bersidai, tiba2 datang seorang salesgirl yang sebaya dengan Nyssa (dia bagitahu umur dia lol) promote suruh kami register untuk satu kad. Mula-mula saya ingatkan dia ialah Steph, tapi bila perasan muka lain, saya amat terkejut. :O Jantung rasa nak terkeluar sebab ingatkan Steph tapi bukan. ><

Beriyalah promoter/salesgirl tu promote suruh kami buat kad yang dia promosikan.. saya tak berminat pun tapi setelah dipujuk banyak kali dan muka promoter tu pun comel lol! Saya dan nyssa pun buatlah kad tu. Masa tu Steph dah sampai, saya tak nak Steph tunggu kami lama, jadi kami pun buat kad tu untuk bagi promoter tu berhenti cakap supaya kami boleh pergi. haha. We are so nice. :P


Lepas dah dapat kad, kami pun pergi cari Steph. Saya sibuk pandang depan, tak perasan Steph ada kat tepi lmao. Steph! I love your shirt! SHO CUTE! hehe.

Lepas jumpa, kami jalan2 kejap sementara tunggu Lin. Kami pergi kedai barang cenderamata, Steph nak beli hadiah untuk kawan dia. Lepas beberapa minit, Lin sampai. Dia pakai heels/wedges. Jadi dia nampak lagi tinggi dari saya. SOBS. XD

Lepas hugs and laugh and tease (sebab Lin nangis tehehehe) kami pergi Pizza Hut untuk nom! Punyalah susah nak pilih menu. Saya cadangkan pilih yang set untuk empat orang yang ada 2 pizza/ 1 pizza n 2 menu lain (nampak sangat saya lapar) , tapi nasib baik tak pilih yang tu! Kami makan yang pizza 7 cheese tuh. Itu pun punya susah nak habiskan ;___;
Dan seperti biasa, macam kat rumah, saya jadi tukang habiskan makanan. -_____-" Lepas makan rasa macam nak merangkak je. Kaki tak mampu nak menampung badan yang berat. XD

SUP CENDAWAN! LOLOLOL! Me and Steph. Our inside joke. We eat Ain Unnie LMAO.. #ignorethissentence.


Oleh kerana menghadapi kesukaran untuk menghabiskan makanan sebelum jam 1230, kami terlepas Mission Impossible. *nangis* TOM CRUISE!!!! T____T Jadi, untuk mnghabiskan masa, kami pusing2 satu Subang Parade tu. Lepas dah habis pusing Subang Parade, kami pusing2 Empire pulak. Tak ingat nama penuh Empire tu, tapi dia shopping mall berhampiran Subang Parade. Tempat kerja Steph dulu (Rakuzen) kat situ. nyehehe. Now I know. :P Oh dan ada jumpa Santa Claus. Tehehe. Terkejut saya. XD

Lepas dah penat pusing2, kami tangkap2 gambar dan cakap2 dan spazz sikit2 dan etc etc dan tiba masa untuk balik.. Cepatnya masa berlalu...

Beberapa gambar. credit: Steph.


Saya lagi penting dari pokok krismas.


Yes Lin, you are taller than me. ><


Lin ada tulis pasal ni jugak, silalah baca her point of view pulak ok!! Klik sini ---->>  http://lovellina.com/


p/s: My other half in my RP world deactivate facebook dia. T____T Waeeeeee...




2 comments:

  1. Awesome. Woot! I understood everything -proud of my language skills-

    POST LAGI PLEASE. SAYE SUKE BACE!

    ReplyDelete

Do you have something to say?