Saturday, January 21, 2012

Ayam Masak Kunyit

Apa khabar semua? Harap semua sihat hendaknya. Sekarang ni musim panas. Kadang-kadang hujan lebat juga. Cuaca tak menentu. Minumlah air kosong banyak-banyak ok!

Harini Chef Afiq kena masak untuk makan malam juga. Mak Chef Afiq keluar pergi rumah Pak Ngah untuk hantar kek. Esok kan sepupu Chef Afiq nak bertunang. Jadi segala urusan rumah tangga masak-memasak diletakkan di bahu Chef Afiq.

Okay penonton, menu untuk makan malam tadi ialah Ayam Masak Kunyit. Mak Chef Afiq suruh masak terung dan ayam tapi Chef Afiq rasa malas nak masak dua lauk. Maka Chef Afiq sekalikan lauk dengan sayur dalam satu lauk. Lagipun Chef Afiq dah lama teringin nak masak Ayam Masak Kunyit sebab dulu masa kat rumah sewa, Chef Afiq selalu jugak order nasi putih lauk ayam kunyit kat kafe.


Ayam Masak Kunyit Chef Afiq


Bahan-Bahan:
Ayam potong kecil-kecil atau suka hati nak potong saiz apa
Cili -dipotong ikut suka hati nak macam mana
Bawang besar- hiris
bawang putih- hiris
Lobak merah- hiris
Kacang Panjang- potong
Kunyit- 1 sudu besar
Garam 
Minyak

Cara-cara:
Mula-mula, goreng ayam dulu, macam biasa, taruk garam dengan kunyit. Lepas dah goreng, angkat. 

Tumis bawang putih, bawang merah.
Masukkan lobak merah, kacang panjang.
Masukkan garam, kunyit.
Masukkan ayam.
Kacau-kacau sampai sebati, kemudian angkat dan hidangkan.

Siap satu lauk! ^_^


p/s: Dalam Ayam Masak Kunyit saya tak ada kacang panjang dan bawang merah. Dah kehabisan stok. -__-


No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?