Sunday, January 22, 2012

Melihat Dunia

Setelah tiga minggu terperap di rumah manis rumah, akhirnya hari ni saya keluar rumah! Horey! Perasaannya sangat seronok tidak terkata walaupun ada rasa nak tidur dalam kereta masa dalam perjalanan ke destinasi. Destinasi: Rumah Pak Ngah. Acara: Majlis pertunangan sepupu. 

Perkara yang paling dinanti-nanti di setiap majlis yang dituju ialah makanannya! Hoho! Sampai-sampai je rumah Pak Ngah, bau lauk nasi kandar terus menusuk hidung. Namun begitu, nasi kandar yang dimakan tak diambil gambar. Lapar punya pasal.


Kek lagi! Saya suka kek! Yang sebelah kiri tu kek Chocolate Banana yang dibuat oleh Chef Bonda, manakala yang sebelah kanan tu ialah Carrot Cake, yang tertulis Congratulations untuk yang bertunang. Saya sangat suka Carrot Cake! Terutama sekali yang frosting warna putih dia tu. Homaiii... sedapnya! Dahlah sepupu saya potongkan untuk saya dan saya dapat candy bentuk carrot kat atas dia. Sedap! ^_^



Yang ini hantaran dari pihak lelaki. Ada lima. Hantaran dari pihak perempuan (family kami)  saya tak tangkap gambar sebab... sebab saya tak tangkap. :P Ada kek yang berbentuk macam kain... Nampak sangat cantik dan sedap! Tapi tak termasuk dalam gambar la pulak. Maaf :P



Yang ini buah tangan dari pihak perempuan. Masa mula-mula dapat, saya tanya sepupu saya yang adik yang bertunang tu. "Apa benda ni?" Dia jawab, "Measuring tape." Measuring tape? O_O Bila saya belek-belek, ternampak ada tulisan kat atas tape tu. LOVE BEYOND MEASURE. AWWWWW =') So sweet.

2 comments:

Do you have something to say?