Wednesday, January 25, 2012

Menunggu hujan

Akhirnya, selepas dua minggu lampu bilik ni tidak berfungsi dengan baik, hari ini, lampu ini kembali menjalankan tugasnya dengan jaya dan menjadikan bilik terang benderang seperti biasa. Sebelum ni lampu ni berperangai seperti lampu disko, di mana lampu ini tidak berhenti-henti berkelip-kelip, perasan dirinya lampu disko, padahal cuma lampu bilik tidur. Cuma bunyinya macam memperkecilkan pula taraf lampu bilik tidur, saya tidak berniat begitu ya, lampu? Walaupun orang yang tukang repair tu datang lambat 1 jam 15 minit tapi disebabkan lampu saya dah elok, saya boleh maafkan sikit. Sikit je. Saya tak suka orang yang datang lambat. Sangat tak suka. Apa dia ingat dia tu VIP ke boleh nak datang-datang lambat? VIP pun tak datang lambat. Agaknyalah.

Cuaca panas sepanjang hari, saya mengharapkan hujan pada waktu malam. Namun hanya guruh yang kedengaran. Tiada hujan. Mungkin akan turun masa nak tidur nanti. Harap-harap. =)

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?