Friday, February 17, 2012

Nak terbang

Semalam saya dapat tahu bahawa Air Asia ada buat promosi tiket penerbangan murah untuk pergi ke tempat-tempat di dalam Malaysia dan ke luar negara. Saya tertarik maka saya pun buka laman web Air Asia untuk melihat kebenarannya. Memang benar. Harga tiket ke Sabah, Sarawak dari Kuala Lumpur ialah dalam RM29. Harga tiket ke Korea (ehem perlu sebut juga kerana teringin nak pergi Korea) ialah dalam RM100++. Kira murahlah kan? Saya pun teruja dan terus mesej kawan-kawan. Respon mereka semua positif dan saya pun teruja nak tempah tiket. 


kr: Google.


Kemudian, pada malam harinya, saya bagitahu Abah pasal tiket murah tu dan rancangan saya nak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Abah kata, harga tiket yang tertera kat promosi tu mesti untuk pergi je. Harga tiket balik mesti lain. Mesti dia naikkan harga. Saya terkejut dan terkesima. Eh. Mana boleh macam ni! Tahap keterujaan terus menurun. Kemudian Abah cakap pasal harga hotel, harga transport kat sana nak jalan-jalan lagi, makanan, dan sebagainya, mahu sampai RM500. Apa? O____O Saya tiada duit sebanyak tu. T__T


Nampaknya macam terpaksa membatalkan percutian untuk kali ini. Sedihnya. Dah siap terbayang pergi jalan-jalan dengan diorang dah. Namun, bajet tidak mencukupi. Mungkin bila kita semua dah kerja baru boleh ajak pergi jalan-jalan. Minta maaf, kawan-kawan. Mungkin mereka tak baca blog saya. Nak kena mesej sorang-sorang la ni nampaknya. -sighs- 

2 comments:

  1. saya dah baca.. nnt saya bagaitahu liza.. tak apalah afiq.. tunggu semua dah kerja nanti kita plan lagi... ;)

    ReplyDelete

Do you have something to say?