Sunday, February 19, 2012

Poskad dari Eropah

Terima kasih kepada rancangan Now Boarding: Paris di channel TLC, saya baru terfikir nak minta Abah hantar poskad ke rumah masa Abah berada di luar negara. Abah dah pergi banyak negara contoh: China, UK, Indonesia, Thailand, Vietnam sebelum ni (saya tak pernah menjejak kali keluar dari Malaysia :) )tapi sekarang baru saya terfikir nak minta Abah hantar poskad. Kenapalah saya tak terfikir dari dulu? Kalau tak mesti dah banyak koleksi poskad. -sedih-

Sebenarnya nak minta Abah hantar poskad dari Menara Eiffel. Tahu tak, Menara Eiffel ada post office dia sendiri. Kalau kita hantar poskad/barang/apa-apa dari situ, kita akan dapat cop post office Menara Eiffel. Bukankah itu sangat menarik? HOMAIII. Tapi masa saya tonton rancangan Now Boarding: Paris tu, Abah dah keluar dari Paris ke destinasi seterusnya pula. -sedih lagi sebab melepas-

Abah kata nak hantar poskad bukan perkara mudah. Nak cari post office untuk beli setem, nak cari post office, nak cari poskad..(sila abaikan susunan ayat yang tak ikut turutan) etc etc hahaha. Macam menyusahkan Abah pula, tapi saya mahu poskad. :P


Ingatkan nak minta dari setiap negara yang Abah pergi, haha tapi dapat satu je. XD Janji dapat. :D Ini ialah poskad saya dari luar negara yang pertama! T^T


dari Luxembourg

kalau tulis alamat untuk hantar merentasi negara, jangan lupa tulis nama negara kat poskad.

COP LUXEMBOURG YANG PRECIOUSSSSSS.
Ada dua cop. Satu cop ada gambar kartun. tehehe.



Kalau lepas ni ada sesiapa nak pergi luar negara, saya tak akan lupa minta poskad. HOHOHO.
Siapa nak pergi luar negara? Tolong hantarkan poskad untuk saya? Pweeasssssse?
-kelip-kelip mata-

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?