Saturday, February 18, 2012

Makanan sedap

Hari ni Mak ada aktiviti ala-ala Explorace kat Putrajaya dengan Morib. Hari Sabtu. Meh. Satu perkara je saya fikir kalau Mak takde kat rumah. Saya kena masak. Saya dah takde idea nak masak apa. Dahlah Abah tak kasi saya makan udang. Muka saya sekarang sedang dalam situasi yang tak berapa nak sedap mata memandang, dan Abah kata mungkin kalau tak makan makanan laut boleh menyelamatkannya sedikit. Makanan laut yang terpilih untuk tidak dimakan ialah udang. Saya tak suka sotong jadi tak apa. Udang. Udang. Udang yang sedap. T_T Sebenarnya saya tak tahu sejak bila ketidaksedapan kulit muka ni jadi sebab apa. Apa yang saya dah buat? Takde tepek benda pelik-pelik pun. Pencuci muka yang dipakai serta toner dan bla bla bla pun tak berjaya mengembalikan kulit muka saya yang smooth criminal dulu. -sedih- Entah-entah sebab saya pakai produk E. Tapi benda ni jadi sebelum saya pakai E. Saya berharap guna E dapat membuahkan hasil. Tapi nampaknya tidak. Sama je. -___-"

Setelah selesai memanaskan lauk-lauk semalam yang tak habis untuk juadah tengah hari (kalau masak lauk baru nanti tak habis pulak lauk-lauk yang lama ni), Along pulang ke rumah. Masa Along balik minggu-minggu lepas, Along bawak balik nasi kerabu. Saya tak makan pun haha. Warna nasi dia biru. Dan lauk dia ulam. Tak berapa nak berminat. Minta maaf, nasi kerabu. Minggu ni Along balik bawa Nasi dagang dan laksam! 


Nasi dagang.
kr: Google.

Pertama kali makan nasi dagang di Terengganu. Saya rasa saya makan kat Terenggganu masa jalan-jalan dengan keluarga kat sana. Sangatlah sedap. Serius. Kuah dia. Ikan tongkol dia. Nasik dia yang macam melekit-lekit. Kyaaaaaaaa~ Sejak itu, Nasi Dagang dah dimasukkan dalam senarai makanan kegemaran. Masa makan kat Terengganu tu, makcik tu bagi ikan dia sikit je. Macam saiz dadu, tapi besar sikit. asjdahsjdajljlka. Sedap tapi sikit dan agak mahal. Tsk.


Laksam
kr: Google

Saya tak pernah makan sebelum ni. Sebab saya tengok rupa laksam ni macam tak menyelerakan. Haha. Putih. Kuah dia pun putih. Saya ingatkan rasa dia macam plain je. Along paksa-paksa saya suruh rasa. Saya pun ambil mangkuk paling kecil dan masukkan dua ketul mi gulung dalam mangkuk. Senduk kuah banyak-banyak dalam mangkuk. (Along cakap makan kuah banyak-banyak baru sedap). Ambil sesudu. Masuk dalam mulut. Kunyah-kunyah. 
.
.
.
.
.
.
.
.
. SEDAPNYA!!! O___O



Kedua-dua makanan ni dimakan dalam jam 11 pagi. Belum lunch pun dah kenyang. asdaghsfahfgahja. Hahaha. Alhamdulillah. =)

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?