Sunday, February 26, 2012

SWM Gathering 25/02/2012

Pada 25 Februari lepas, SHINee World Malaysia (SWM) telah mengadakan gathering kali ke-2 di Korea Plaza.

Panduan ke Korea Plaza:

Dari KL Sentral > Monorel > Stesen Raja Chulan.


Dalam jam 1 petang, rombongan cik Kiah (saya pergi besama 6 orang shawol yang lain, masing-masing pakai baju yang ada warna SHINee :3 ) pun tiba di Korea Plaza yang terletak di Menara Hap Seng di tingkat satu. Masuk-masuk je pintu masuk Menara Hap Seng tu, nampaklah Korea Plaza. :D


Acara belum mula masa kami tiba, maka saya pun tengok-tengoklah dalam Korea Plaza tu dulu.


Ni antara barang-barang yang dipamerkan.


Masa pendaftaran, dapat lolipop. :D


Lolipop saya. Sampai sekarang saya belum makan lagi. D:


Ainaa datang dari jauh.. Seremban. Eh.. macam first time jumpa. :P

Fizzy~~~~ saya terlepas nak beli badge Hello Baby SHINee dia yang saaaaaaaaaaaangat comel sebab lepas ada staf nampak Fiz tengah jahit badge tu, dia pergi kecoh2 kat semua orang, lepas tu belum apa-apa dah habis. T____________T Contact lense Fiz warna ungu!!! :3

First time jumpa Lia. HOHOHO. Lia datang lepas kami datang. Nuha dan Ainaa pergi jemput dia. Masa tu saya tengah borak-borak dengan Fiz. Lepas tu saya tengok Nuha dengan Ainaa berbual-bual dengan Lia yang masa tu saya tak kenal lagi. Sebenarnya macam pernah nampak muka Lia kat facebook, tapi bila nampak depan-depana, saya macam... siapakah dia tu? Mesra betul dengan Ainaa dengan Nuha. Penat fikir, lepas dah macam 10 minit fikir baru tahu tu Lia. T__________T Lia WHY YOU NO TEGUR ME. MAKES ME CONFUSED ONLY. XD

patung pakai hanbok. Ada hanbok digantung kat satu tempat, orang cakap boleh pakai. Tapi saya tak pakai pun. Malu. :P

Ada aktiviti buat placard. Saya sudah lama tak buat benda-benda kreatif. Ini ialah placard saya. Habis tangan, baju, seluar kena glitter. Terima kasih kepada yang bagi pinjam gunting, gam, glitter. ^__^



le placardsssssssssssss. Banyak SWM yang lagi kreatif dari saya (obviously). Cari mana saya punya.



le cake!! Icing sangat manis. :P


Ada dua permainan yang kami main lepas kami dibahagi kepada lima kumpulan secara rawak. Saya dalam kumpulan Key. Game pertama teka lagu tapi ahli kumpulan hanya boleh nyanyi guna lirik "nya". contohnya: lagu hello, nyanyi sebagai nyanya, nyanya! . XD Masalahnya saya tak berapa tahu lagu selain lagu SHINee. Saya kena bagi hint untuk lagu Nine Muses. -le faint- Dan salah satu lagu yang saya frust sebab tak ingat ialah B.A.P. Warrior. Saya tahu sikit-sikit lagu tu, sebab pernah dengar sekali. Sekali je. Part digiding, tapi terlupa rentak dia. T_________T
Game kedua masih teka lagu, tapi dengan cara menari tarian lagu tu. Lagilah saya tak tahu. -le faint- Ada satu lagu yang saya pernah tengok video klip dia banyak kali: SNSD: The Boys, tapi saya lupa macam mana step dia. T________T
Tapi memang bestlah games dia. Semua orang gelak2. Group lain semua dapat lagu yang senang2. Tak Aci! psh. :P

Briefing


Group Minho

Group Key!


Best. Best. Best. =) Tapi tak dapat tengok Epsilon buat persembahan (kalau adalah) sebab tak cukup masa. T____T

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?