Monday, March 12, 2012

Hot Spell

Ikan albino yang loner kat dalam fountain dah mati. Baru je semalam tengok dia berenang-renang riang pusing-pusing dalam fountain tu. T^T Tiba-tiba masa tengah golek-golek atas katil lepas tengok Abah pergi kerja, Mak panggil kata ikan albino tu dah mati. Dia cedera kat kepala siap darah-darah beberapa hari lalu, lepas tu tadi Mak kata bahagian ekor dia pun berdarah jugak. Hua. Kalau saya rapat dengan ikan tu mesti saya dah nangis kot. Saya tak berapa rapat dengan ikan tu. Fountain tu kat luar rumah, dan ikan kat dalam air, jadi tak boleh nak bermesra-mesra sangatlah kan dengan ikan tu. Kalau kucing boleh jugak nak dukung-dukung dan usap-usap dan baling-baling bola kat dia supaya dia boleh kejar dan golek-golek comel. Tapi ni ikan. Mak tanya, nak biarkan dia terbiar kat situ bagi kucing makan ke nak tanam. Bagi kucing makan? Mak! Walaupun saya tak berapa attached pun dengan ikan tu, tapi tak sanggup nak tengok binatang peliharaan dimakan. Dimakan kucing atau burung atau siapa-siapalah. T_T Saya pun kata nak tanam. Maka dengan cangkul kecil di tangan, saya pun pergilah gali lubang kecil untuk albino kat belakang rumah. Ikan tu dah agak besar, saiz-saiz remaja kot, panjang, tapi kurus. Saya pun korek ikut saiz yang muat dengan albino. Kemudian, mak pun ambil albino tu dan letak dalam lubang tu. Dengan tidak membuang masa, saya pun mengambuskan albino dengan tanah dan letak satu bunga warna putih untuk tanda mana dia selamat ditanam. ='(

Result Latihan Industri dah keluar. Alhamdulillah. Walaupun pengalaman praktikal tak berapa menyeronokkan, tapi saya berjaya mengharunginya.


p/s: SHINee comeback teasers. asdhasjdhsjafhhsjahfaj. Semua pakat tak mahu pakai baju. ajsdhjsahfdjsadhja. Oh mungkin saya akan spazz pasal ni kat blog yang lagi satu dimana saya spazz macam gila. kehkehkeh. okbye.

4 comments:

  1. teringat plak masa ikan kelisa abg ipar aku mati 5 ekor...die tak buang o tanam o bagi kucing makan...die simpan je dlm peti sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 ekor mati sekali ke? O__O
      simpan dalam peti sejuk buat apa? ><

      Delete
  2. syg nk buang..ikn mhl..hehe..

    ReplyDelete

Do you have something to say?