Monday, March 19, 2012

Honesty

Di kala ini, saya sedang mendengar lagu-lagu baru SHINee dari album terbaru mereka; Sherlock. Bila dengar Sherlock je teringat Detektif Conan haha.Sherlock Holmes, siasat-siasat, misteri. Tak tahu kenapa album ni dinamakan sebegitu, tapi saya tak kisah. SHINee DAH KEMBALI! ❤ ❤ ❤ ❤ 

SHINee is back, back back, back~

Entri spazz/komen/review album Sherlock akan dibuat di entri lain (sebab saya belum dengar lagu-lagunya sampai lebam lagi.) Tapi setakat ni sangat suka lagu Alarm Clock. Lagu yang romantik #inlove.

Sementara itu, saya sudah pun menggunakan Baucar buku 1Malaysia dengan selamatnya. 

le baucer


Sebenarnya saya tak merancang pun nak ambil baucar tu, tapi sebab Along kata nak guna untuk beli buku rujukannya, maka kami pun pergi ke UTeM untuk mengambil baucar tu. Semata-mata untuk ambil baucar tu, tahu! Lepas dah satu semester tak menjejak kaki ke UTeM, saya mendapati ada beberapa perubahan yang telah berlaku di UTeM. Antaranya, dah ada tangga yang proper untuk pelajar-pelajar turun dari tebing tinggi (di tempat tunggu bas depan Pusat Persatuan Pelajar). Siap ada dua tangga tahu! Bila saya perasan je tangga tu, terus rasa macam "Masa aku ada kat situ tak ada pun nak buat tangga. Kitorang semua kena buat aksi lasak nak turun tebing. asjhdajdhjahd."

Di sebelah Masjid UTeM, bawah khemah tu ada tempat orang berniaga. Ada jual tudung Norjuma yang diminati ramai tapi sebab kami sampai situ awal sangat, pukul 9, kedai apa pun tak bukak lagi. hahaha.

Kawan saya Mimi-chan praktikal kat UTeM, saya pun mesej dia bagitahu kedatangan saya dan kami pun berjejak kasih kat situ kejap. MISS YOU, MIMI! 

Lepas dah ambik baucer, kami pergi ke kedai-kedai buku yang diketahu untuk cari buku Along, tapi tak jumpa. Pencarian buku ditunda. Haritu kami pergi Kinokuniya dan akhirnya jumpa satu buku Along. Saya pun jumpa buku yang saya nak. Yey! 

Masuk-masuk je Kinokuniya, terus nampak satu sudut untuk novel-novel The Hunger Games. Siap ada poster besar. Kat kedai buku lain punya susah nak jumpa.

Beli satu set terus. Buku pertama dah habis baca. Sedang dalam proses baca buku #2. Eh, Josh Hutcherson jadi Peeta ke? Homai....... baru tahu la. Ni yang buat nak pergi tengok movie dia nih!!! 
(sengaja ambil gambar dua kali. haha )


Nak telefon android! Nak main Draw Something! Nak kerja! Nak duit! Nak beli album SHINee! Nak makan! Nak nak nak.. k bye.



dah dapat poskad dari Finland. i love you StrawberryWatermelonCheesyPuff!
Poskad yang saya bagi dia pun dah selamat sampai di Finland, dan poskad yang saya hantar ke Singapura pun dah selamat sampai. yeyyy~ best tau ada kawan dari serata dunia. :)




p/s: Sekarang tajuk post takde kena-mengena dengan isi. Malas fikir tajuk. LOL. Honesty ialah salah satu tajuk lagu dalam album Sherlock. =)

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?