Sunday, April 22, 2012

Battleship. Sangat. Best. Sangat.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, Battleship sangat best. Sangat. Sebenarnya saya tak tahu apa-apa pun tentang filem ni, hanya pernah nampak poster besarnya di papan iklan tepi jalan raya dan kenal Rihanna dalam gambarnya serta di Twitter bila kawan-kawan bertweet tentangnya. Tak terfikir pun nak menonton, tapi lepas kakak saya ajak pergi tengok, saya pun ikutlah. Dah dua minggu tak keluar rumah! Akhirnya dapat keluar! \O/

(cr Google)

Filem ni dibuat oleh orang yang filem Transformers. Kapal alien tu boleh bertukar macam Transformers! AWESOMENESS! Tapi lagi AWESOME! Dahlah besar, lepas tu boleh bertukar-tukar macam Transformers. Lepas tu alien dia, baju askar dia macam ada besi-besi memang COOL TRANSFORMERS betul. Lepas kapal alien tu ada fungsi special yang COOL tapi menakutkan kalau terjadi dalam dunia sebenar.


(cr: Google)

Watak utama dalam filem ni. Lelaki ni sangat kacak wehhh. Mula-mula watak dia sangat selekeh tapi lawak. Rambut panjang sangat tak sesuai la dengan encik. Rambut pendek lagi kacak la encik. Sila berambut pendek lagi lepas ni. Tak pasti kenapa poster tu dalam bahasa Itali. Lepas Google baru tahu dia ni siapa. Tak pernah kenal pun sebelum ni. Tak popular rupanya. Tapi muka macam kenal. Mungkin jumpa dalam mimpi. uwekk XD


(cr: Google)

Saya tak sangka Rihanna ada bakat berlakon! Agak berkesan la juga dia jadi askar. Rasanya dia sorang je askar perempuan dalam cerita ni. BEST! OK lepas ni nak tengok Rihanna jadi wanita lemah lembut pula. :P


Filem ni sangat menarik! Lawak ada, saspens ada, adegan tembak-tembak dia sangat awesome, jalan cerita sangat menarik. Best la! Rugi kalau tak tengok! Saya bagi markah 9/10. ^_________^ 




Saya pergi bersama Along dan Min. Sila cari mereka dalam gambar di atas. Masa sedang menonton, ada sorang budak perempuan tu gelak sangat kuat masa ada adegan lawak. Orang lain pun gelak juga tapi takdelah gelak kuat macam dia. Kadang-kadang ada yang tak lawak sangat pun tapi dia gelak lebih-lebih. Adoi. .____. Tiket wayang disponsor. Terima kasih kepada yang sponsor. =)




Saya sponsor makan tengah hari. Pizza Hut. Saya order spaghetti meatball bolognaise. Dah tiga hari teringin nak makan spagheti bolognaise sebenarnya. Hasrat tercapai. YEAH! \O/

Sekian entri Girls Day Out. Nantikan entri seterusnya tentang apa yang buat tangan saya sakit. =)

p/s: Alamanda Putrajaya tak ada jual poskadkah? 




1 comment:

  1. memang best pun battleship.cannot denied laa

    http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/08/apa-la-sangat-bakti-siswa-ni.html

    ReplyDelete

Do you have something to say?