Thursday, April 05, 2012

Pareo Rock

Semalam saya tidur lambat. Lebih lambat dari biasa. Lepas berfacebook, tak tahu macam mana boleh tersimpang ke youtube pula untuk melihat Onew. Setengah jam jugaklah mencuci mata melihat kekasih kesayangan cewah :P Mata memang mengantuk yang teramat, perut pun dah bising minta makanan tapi dah pukul 12.30, maaf. Tiada makanan untuk anda. Di saat itu juga tiba-tiba teringat bahawa saya sudah terlupa untuk makan ubat. Biasa budak ni asyik lupa makan ubat. Sakit apa? Rahsia. Shhhh.

Lebih kurang jam 1 pagi, saya pun merangkak naik ke katil yang baru ditukar cadar. Pakai cadar warna maroon yang dibagi percuma oleh Kolej Matrikulasi Melaka. Tak tahulah kenapa, cadar tu rasa panas je lepas tukar. Golek-golek kiri kanan tak selasa je rasa. Dengan drama kat facebook yang tiba-tiba masuk dalam otak membuat otak berfikir lagilah susah saya nak tidur. 

Lepas dirasakan macam 1 jam saya melelapkan mata dengan penuh kepayahan, tiba-tiba terdengar bunyi kuat yang membangkitkan saya dari tidur yang tak lena langsung. Saya bangun dan duduk di atas katil, tengok jam. Pukul 2/3 (tak ingat pukul berapa). Apa bising-bising pagi-pagi buta ni? Bunyinya macam bunyi lori besar, macam orang nak pindah rumah. Tapi saya fikir lain. Saya fikir pencuri bawa lori besar nak merompak. Kita kenalah menjangkakan yang paling teruk kan, manalah tahu, kalau jadi, boleh prepare call polis ke, bukak langkah silat ke, capai tongkat untuk ketuk kepala diorang ke.. mintaklah dijauhkan. Amin.

Bunyinya sangatlah menggangu, saya tak dapat sambung tidur. Maka dengan perasaan separuh berani, separuh takut, saya pun keluar bilik dan menjenguk ke luar tingkap untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Serius agak takut tapi saya pergi jugak tengok. Kelihatan ada lori besar yang besar dan bising sedang menghala masuk ke simpang rumah saya. Dengan mata yang kabur-kabur saya cuba fokuskan apa yang mereka tengah buat. Mencuri ke? Tapi takkan nak mencuri guna lori sebising tu? Kemudian, saya nampak ada orang macam tengah baling-baling barang keluar dari sebuah rumah. HAH! Saya fokuskan lagi pandangan. 

Rupanya tukang angkat sampah tengah humban sampah masuk dalam lori sampah. 

Pukul 2/3 pagi? Serius? Saya bangun pukul 2/3 pagi untuk tengok orang angkut sampah? >________< Walaupun agak annoyed sebab bising, tapi saya agak gembira apabila tahu mereka ialah orang angkut sampah. Dah berapa lama tak angkut sampah, akhirnya datang juga.


Sekian.


Oh ya. Dah lebih tiga minggu JPN buat kad pengenalan baru saya.Tak siap-siap lagi sampai sekarang. Setiap kali check, keluar ni:



No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?