Monday, October 01, 2012

Ini serius.

Salam. Tadi saya ada temuduga kerja di e-cop Surveillance, bertempat di Technology Park, Bukit Jalil. Lepas tersalah ambil lorong dan melalui lebuhraya terpanjang dalam hidup (sebab gelisah tak sempat sampai sebelum jam 10) (oh, dan adik saya yang memandu, bukan saya), kami pun tiba di destinasi. Saya hanya fikir  sempat ke tak sampai office sebelum atau pada jam 10. Berlari-lari anak saya mencari pejabat e-cop. Yang bestnya pulak, bangunan Technology Park tu, bentuknya bulat. Dan dalam pintu ada pintu. Dalam pintu ada pintu lagi. INCEPTION. MEH. Punyalah saya terkial-kial mengejar masa dengan kain yang bukaannya kecil itu mencari dengan gigih. Masa dalam perjalanan dan masih kesesatan tu, ada sorang pekerja menyapa, "Sesatlah tu."

Wow.

Agaknya memang ramai orang yang sesat masa datang sini. HAHA. Dan saya fikir, mesti pekerja-pekerja situ dah jadi kaunter pertanyaan/penunjuk arah suku masa. Serius.


Dude, security, dude. Aku baca ala kadar je. Buku CCNA tak sentuh. Shoot. Dia pergi tanya soalan pasal "Explain this network packet" Dies. DEAD. Aku baca: star topology, bus topology. DANG. Itu syarikat SECURITY. :'D Adalah jugak sipi-sipi habuk-habuk CCNA-teringat-muka-sir-yang-ajar-CCNA. Ingat muka je. Sobs. Dan aku sorang-sorang je yang datang interview. Aku je? Mana yang lain?


Guess what? Kerja ni ada dua shift masa. Siang dan malam. Siang - 7pagi - 7 malam. Malam 7 malam - 7 pagi. Bila dia sebut je kerja shift malam tu terus teringat mak bapak. Diorang suruh aku kerja 8-5p.m. Mana main kerja malam-malam ni beb. Tak gadis. Gadis malam-malam duduk rumah je, tengok cerita Korea To The Beautiful You. Habislah. I can see my future. It's dark.

Tapi yang bestnya dia kerja empat hari je. Bolehlah tahan kot. Tapi kena kerja 12 jam. /dies/ My baby kerja 14 jam lagi dead. Marilah berpositif.


Doakan kejayaan saya.

2 comments:

Do you have something to say?