Monday, October 01, 2012

Flowerpot

Jadi, 21/10/2012 ialah tarikhnya. Untuk menjadikan tarikh itu suatu realiti, saya perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum tarikh itu tiba. Saya perlu tangkap gambar untuk kad alumni, dan perlu ambil jubah. Saya juga mahu berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. Saya cakap dengan Mak, yang saya nak lepak-lepak dengan kawan juga, bukan setakat ambil jubah, dan Mak kata: Buat apa nak lepak? Tiga tahun lepak dulu tak cukup? -________________- Mak saya tak pernah duduk asrama. Kbye.


Perancangan asalnya ialah pergi ke Melaka pada Khamis, adik saya hantarkan ke kampus, lepas tu balik terus. Meh. Boring. Dah alang-alang sampai Melaka, mestilah nak jumpa dengan kawan-kawan kan? Bukan senang nak jumpa. Ada yang duduk jauh, bila lagi nak jumpa. Tapi tak cool lah babe, angkut adik ke sana sini masa jumpa kawan. Nak-nak suruh adik drive pergi tempat yang saya nak jumpa kawan lol. Kita perlukan privacy. Privacy OK? Kalau adik saya terbabit sama masa saya tengah melepak karang rasa kena balik awal pulak. Yelah, dia tercongok sorang-sorang di situ tunggu kita. Tak cool juga. Rasa macam ada bayang-bayang. Saya tak suka ada orang tunggu saya masa saya tengah bergumbira. -___- 

Bukan saya tak menghargai adik saya tolong jadi driver (padahal sendiri dah boleh drive), tapi saya nak privacy. Nak cakap omputih tadi depan ibubapa masa dia ada pun rasa segan lmao. Napelah diriku rasa rendah diri sangat. Kau cakap omputih sangat hebat, Afiq, cuma gagap terlampau je. XDDDDD 

Jadi saya sedang memikirkan solusi kepada masalah dunia ini.

#1. Pandu sendiri pergi balik Melaka. Saya dah pernah pandu sampai Alamanda, kira OK la tu, kan? Saya juga dah pandu sendiri pergi Stesen komuter Bangi walau tak ingat sangat jalan, tapi berjaya juga sampai. Tapi masalahnya, saya tak confident nak memandu ke rumah Liza. T_____T


#2. Adam hantar pergi kampus, amik jubah, tangkap gambar kemudian suruh dia hantar pergi rumah Liza. OK gak. Tapi saya nak guna kereta. T_____T Hang balik sendiri naik bas boleh? XDD



#3. Pergi sendiri ke Melaka naik bas. Senang. Tapi, saya nak guna kereta. T___T



Da hook. Ada kereta tapi tak dibagi bawak pergi  jauh-jauh buat apa? Baby, jom I bawak u pergi Melaka nak tak? Mesti nak kan? Dengar Block B sampai bernanah telinga. Sobs. Nak tanya Abah pun takut. Tahpape tah. Macam mana ni? T____________T

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?