Wednesday, February 19, 2014

Keputusan

Dapat temuduga dan tawaran kerja yang lokasinya dalam linkungan jajahan kawasan perumahan. Kalau diikutkan, aku nak je terima tawaran tu, tapi kerja tu hanya akan ada seorang sahaja pekerja. Dan boss dia meletakkan 100% kepercayaan kepada bakal pekerja itu untuk melaksanakan segala tugas admin di situ. Kenapa sorang je dia nak? Sebab tempat kerja tu kecil dan aku tengok memang padanlah dengan nak gaji sorang pekerja sahaja.
Memang aku hampir2 nak setuju, tapi itu sebelum dia terangkan skop kerja. Hari bekerja Isnin hingga Sabtu. Waktu kerja fleksibel tapi aku tak nak kerja Sabtu selama dua tahun! Habislah nanti aku takde waktu nak bersosial dengan keluarga (dan encik N). Ye, tempoh kontrak ialah dua tahun. Tak mungkin aku nak korbankan Sabtu aku dan takkan aku nak single lama2 nanti tak ada masa depan. LOL.
Kesimpulannya aku terpaksa tolak kerja tu walaupun dekat gila dengan rumah. Takpe ada sebulan lagi untuk cari kerja baru. Boleh. Sementara tu, marilah bertahan dengan kerja 12 jam.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?