Bulan lepas (kot), aku log in facebook lepas bertahun tak login. Dulu rajinlah juga nak update status, teruja kalau ada orang like dan komen status kita. Sembang kencang kat facebook pun best macamlah tak jumpa esok hari di kelas. Tapi semenjak seseorang perli aku asyik update status facebook je (sukati akulah kan nak update ke tak? Grr) , aku pun dah tawar hati nak update status. Merajuk la kira. Tapi sebenarnya biarlah kan orang nak kata apa. Dah facebook fungsinya nak kecoh kat orang "How are you feeling, Siti Noor?" "What's on your mind?" Yang kau sibuk nak pertikai aku tulis apa, kenapa?
Sejak tu memang aku dah tak update status. Aku tengok ada jugak kawan2 yang rajin update status. Terutamanya kawan2 sekolah dulu. Aku kagum juga tengok semangat setiakawan mereka. Dah lebih lima tahun tinggal sekolah, tapi mereka masih berhubung rapat. Sampaikan ada yang jejak kasih dan dua orang yang tidak disangka-sangka boleh menjadi pasangan. Dalam fikiran aku, "takde orang lain ke, budak sekolah jugak kau carik." LOL gurauan semata-mata. Ini kenyataan jeles sebab cinta monyet di zaman sekolah tak menjadi. Tak monyet sangatlah, cinta sebelah tangan sahaja. LOL ok. Dah jodoh, nak buat macam mana kan? Semoga mereka gembira.
Masa aku stalk, ada jugak kawan2 yang *mungkin secara tidak sedar* post status yang membangga diri/riak/action/mengundang jelek. Contohnya;
"Percubaan pertama goreng karipap menjadi. Semua kata sedap."
Tak cukup riak?
"Berjaya turun 10kg dalam sehari! Tak sangka boleh buat!"
Sebenarnya aku tak reti nak buat contoh ayat2 riak ni. <----cwid?
Alah kalau korang baca status2 yang korang rasa "ekeleh berlagaknya dia ni itupun nak status ke?" Maknanya itu status riak la tu. Hahahahaha ke aku sorang je berperasaan begini?
Entahlah sejak aku tak status ni, aku memang kuat menjudging status orang. Kalau kat twitter tu lain, sebab biasa kau monolog dalaman je. Kalau kat fb ni macam ko saja nak publisiti. Macam kau saja post nak minta orang puji kau pastu kau pun "eh eh mana ada hebat, hangus sikit juga karipap tadi" memang nak kena dengusan dari aku. LOL
Sebab aku pun fikir macam tu bila aku post status camtu. Gahaha. Masa tu ada kawan2 yang nak reply. Sekarang ni semua busy. Whatsapp je senang. Direct gossip. Heh. Sekarang ni kalau aku post status jangan harap ada nak reply. Mungkin hanya akan dipandang sepi. Saya tak popular.
Entahlah mungkin facebook dah bukan medium untuk aku bersosial network. Membebel pun sekarang di twitter saja. Takpun Instagram itupun kalau ada gambar menarik.
Lagi satu, aku agak laksshjavd sikit kalau nampak pasangan tak kiralah dah kahwin ke tak, berbalas komen di fb. Ohoiiii adakah kau sengaja nak mempamerkan keintiman kau atau kau saja nak bagi aku jeles sebab aku xde pakwe nak ngada2 macam tu? Pada pandangan aku, korang yang dah berpasangan ni baik whatsapp/Line/Kakaotalk/WeChat je berdua (banyak option aku bagi tu) kalau korang nak borak berdua kat facebook. Pebenda borak berdua couple nak pamer kat facebook? Ada pulak jenis pamer kemesraaan secara terbuka di fb tup tup break up. Masa aku last buka fb masih bersama dan meriah pamer kemesraan. Lepas tu dah keluar status "tabahlah..pebenda I am strong wtf" hahahahaha macam marah sangat ni. Yelah rasa macam nak say it straight to their face. Takyah lebih2 nanti merana.
Jadi, saya sekarang hanya silent stalker yang muncul bila perlu. Sekarang buka facebook banyak kawan2 post status nak kahwin. Ada yang dah kahwin dan beranak. Setakat ni saya tak pernah pergi satu pun majlis kahwin sesiapa. Mungkin sebab saya loner, takde kawan *ayat kesian*. Lagipun yang dah kahwin tu bukan kawan2 rapat. Tak pergi pun takpe. Agaknya muka saya ni pun dah takde siapa ingat hahaha.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?