Sepatutnya aku dah tidur time-time macam ni, tapi tak tahu tiba-tiba teruja nak update blog kan. Tadi terfikir ada ke orang yang baca lagi blog aku ni. Tengok follower terbaru pun update blognya tahun lepas. Tak apalah. Janji aku boleh meluahkan perasaan di sini walau tiada yang membaca.
Baru-baru ini, aku ada berkenalan dengan seorang Personal Fitness trainer. Nama dia N. Tak payah bagi nama full. Tak muat. Bahaha. Ehem. Aku tak pernah jumpa seseorang yang bekerja sebagai fitness trainer. Hanya pernah lihat di kaca tv, betapa sasanya badan mereka, dengan muscles berketul-ketul terutama di lengan. Dan bila buka baju, ambil kau. Abs 6packs. Berbintang-bintang mata tengok. I am not sure if it's good or bad. Tapi masa tu
hanya komen macam-macam tu saja. Habis cerita.
Mari masuk ke topik N. Ada banyak topik. Yang paling menarik perhatian aku ialah topik makan. Kau tahulah nak dapat six packs and those muscles, bukan senang. Bukannya kau boleh melantak apa-apa keinginan di hati lalu kau jadi sasa. Tidak. Kau kena ada diet yang betul di samping berdisiplin ketika workout. Kalau malas nak ikut diet dan workout main-main, abs pun tak dapatlah.
Suatu hari, aku keluar dengan N, memakai baju T hitam dengan harapan aku nampak kurus semulajadi tanpa lemak berlebihan. Taktik aku tak menjadi. Guys, by nature will look at a girl in every possible place they can see *based on what i read* from head to toe. Jadi bila perut ko tak kempis tu memang tak dapat lah lari dari mata lelaki kan. Aku tak pasti mata dia memang by nature macam tu sebab dia lelaki atau sebab dia trainer yang biasa tengok awek perut slim jadi aku ni kira gemuk lah. Malu oi. My piece of Subway sandwich was judged too. I ate like a piranha no wonder I look like a seal. Bahahaha.
Tip diet #1
Jika anda nak makan sandwich Subway, jangan ambil semua sos yang ada macam aku. Aku tau kalau campur semua memang sedap. Tapi, disarankan anda ambil sos tiga botol atas meja sebelah kaunter. Ada olive oil, black pepper dan lagi satu, lupa. Sayur sila ambil semua. Sos2 yang dipamer depan anda tu boleh menggemukkan.
Saya ni suka makan. Lapar makan. Tak lapar makan. Mananya tak macam seal. Suka pulak tu nak kongsi gambar makanan dengan orang. Yelah, jauh tak dapat nak kongsi
makanan, share gambar je lah. Saya perasan sejak kenal dengan N ni, makanan saya selalu makanan bergoreng / berminyak. Maka akan dapatlah reply "banyaknya minyak" "kurangkan makan ni ye " "makanlah roti."
Tips diet #2
Kurangkan makanan berminyak.
Masalahnya perut lapar, dan sumber makanan yang ada cuma yang berminyak. Haihhh. Takpe. Slow-slow.
Haritu saya share gambar air dari Chatime. Reaksinya: " lepas ni kena exercise ye."
Chatime merupakan minuman yang tidak menguruskan. Ok.
Tips diet #3 kurangkan Chatime & yang sama waktu dengannya.
Masalahnya sekarang, sumber2 makanan hampir semua tidak sihat. Yang sihat mahal pula. Macam mana?
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Do you have something to say?