Thursday, May 29, 2014

Empat mata

Assalamualaikum.

Harini aku teruja sebab Hoya Blue Lense yang aku tempah dah dapat. Walaupun agak sedih masa nak membayarnya, tapi demi kesihatan mata, aku gagahkan jua. Yelah, kesian kat mata, 8 jam sehari dok mengadap PC kan. Kalau bukan tuannya yang jagakan mata, siapa yang nak jagakan, kan?

Aku buat lense/cermin mata ni di Kedai cermin mata di Nu Sentral. Ada beberapa kedai cermin mata di situ, pilihlah mana berkenan. Sebelum buat specks, kena check mata dulu, nak ukur sejauh mana kesihatan mataku. Alhamdulillah, mataku sihat, jadi hanya perlu buat Blue lense tanpa power di kantanya. Kira power kosonglah, pakai blue lense je camtu.

Blue Lense ni sesuai untuk golongan yang lama dok mengadap pc macam aku. Kan tak elok tenung PC lama-lama. Nanti akan beri kesan kepada mata. Jadi, sebelum jadi, marilah kita mencegahnya. Blue Lense ni dapat mengurangkan kesan cahaya LED dari PC/laptop, melembutkan cahaya yang sampai ke mata kita, supaya mata kita tak mudah letih bila tenung pc lama-lama.

Cuba tengok gambar belah kiri tu, ada nampak macam warna biru2 kan kat lense dia. Itulah blue lense dia. 
Glasses ni aku pakai dalam office masa mengadap PC je. Jadi kalau nak tengok aku pakai specks, meh datang office. Eh. 

1 comment:

  1. Great post. Some of us believe that guest posting is dead but it isn’t. Guest posting on other blogs is such a great pathway to make a relationship with fellow bloggers. Blogging needs lots of hard work and pure dedication and having a strong bonding with other bloggers will surely help every blogger to pursue their dreams.
    Poker Online
    One again thanks for sharing this with us. Keep writing. Waiting for your next posts.

    ReplyDelete

Do you have something to say?