Friday, March 12, 2010

Bas buat perangai

Masa tengah tulis tajuk teringat pula, saya pernah buat satu entry pasal bas. "Pakcik Bas Buat Drift!" Bagi yang tak tahu, bolehlah tengok di post2 saya yang terdahulu OK!

Petang tadi, pukul 2.40, Bas Transnasional ke Seremban dari Melaka Sentral memulakan perjalanan. Dalam tiket, tunjuk bas patut gerak pukul 2.30p.m., tapi macam biasalah, bas tu datang lambat. Pukul 2.30 macam tu baru datang. Beriya tulis dekat tiket tu: Penumpang kena ada di platform 20 minit sebelum masa "berlepas". Penumpang dah datang, bas tak ada. Macam ni la bas sekarang. Tak menepati masa.

Eh, saya bukan nak membebel pasal perkhidmatan bas sebenarnya. OK. Kembali ke pangkal jalan. 2.40 bas gerak. Lepas naik je, saya fikir nak tidur dalam bas untuk ganti balik tidur2 yang tak cukup sebelum ni. Minggu ni memang memenatkan dan asyik tidur lewat. Saya ni jenis yang tidur awal. Saya nak dapat tidur sebanyak yang mungkin, sebab tu tidur awal. Kalau tak cukup tidur nanti esok mengantuk yang amat dan kadang2 boleh membawa kepada sakit kepala. Nanti kacau konsentrasi kalau dalam kuliah. Susah.

Sambung balik.

Lepas beberapa minit dalam bas ber-air-cond tu, saya pun tidur. Tiba2 rasa macam panas pulak. Tidur terganggu. Pakcik bas dah bising kat depan. Air-cond rosak pulak! Bas tu pun makin perlahan. Adoi.. lambat la sampai macam ni. Pakcik tu berhentikan bas tepi jalan. Dia mintak pisau kat penumpang. Katanya nak potong wayar. Tak tahulah nak potong wayar apa. Kebetulan, saya ada bawak pisau lipat. Tak tahulah dapat potong apa yang nak dipotong guna pisau tu ke tak. Yang paling penting, panas woh. Walaupun pakcik tu bukak tingkap kat bumbung bas dan bukak pintu bas, masih berpeluh. Yelah, bas itukan bas air-cond, tertutup semua. huuuu

Dah sampai kat Seremban, tiba2 hujan pulak. Apa lagi, masuk lah air kat tingkap terbuka tu. Saya pula duduk di depan tingkap tu. Tempiaslah kat saya. Hari ini dalam sejarah, duduk dalam bas pun boleh kena hujan (=_=)

p:s: Mengantuk yang amat. Mahu tidur puas-puas. HOME SWEET HOME

3 comments:

  1. Peh..tak dpat bayangkan keadaan kat dlm bas tue..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Seksanye perjalanan balik kamu...huhu...

    ReplyDelete
  3. Mr Kamikaze: saya pun susah nak gambarkan dengan kata2

    Daia: memang menyiksakan =_=

    tapi yang penting sampai ke destinasi =)

    ReplyDelete

Do you have something to say?